~ShErA~
“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu, bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “

~ Amin Ya Rabbal Alamin ~



di suatu ketika dulu...

masih segar dalam ingatan..
aku setia disisimu...



dulu..kini dan selamanya..

Moga kasih sayang kita sentiasa mekar

~ShErA~
Perkahwinan! ia mmg satu yang aku anggap cukup keramat. Apabila kita mengambil keputusan memilih si dia sebagai pasangan hidup, ini bermakna seluruh jiwa dan raga kita diserahkan untuknya..waktu kita menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh tok kadi sebelum diijabkabulkan, waktu itu jugalah kita rela dan menerima jodoh kita seadanya.

Kata org dlm melayari bahtera rumahtangga yang suci ini, kerap juga kita tergelincir. setahun dua atau mungkin juga sebulan dua kemanisan hidup sebagai pasangan baru begitu manis terasa. seri di wajah jelas terpancar sama juga dengan serinya inai dijari. tetapi lama kelamaan akan muncul bunga-bunga sengketa. akan timbul ketidaksefahaman. akan wujud badai dan gelora.

Namun satu yang kita semua perlu ingat, setiap perkahwinan memang ada badainya, memang ada cabarannya. hanya yang membezakan kita dgn pasangan lain yang nyata bahagia ialah cara bagaimana kita menyelesaikan sengketa, mewujudkan persefahaman, meredah gelora dan seterusnya mencipta bahagia.

Sebab itu ada masa-masanya kita perlu merujuk pada yang tua. pada org yg lebih dulu makan garam. walaupun kehidupan mereka tak dilimpahi wang ringgit dan harta membukit, tetapi mereka mewah dengan kasih sayang, saling menghormati dan setia hingga ke mati.

Kita yang ada skrg ni entah bagaimana agaknya?mampukah kita meneruskan pelayaran kita yang sudah cukup serba serbi ini sehingga ke destinasinya?mampukah kita mempertahankan bahtera kita dari hanyut atau karam dilanda gelora?

Aku harap kita semua dapat merasa apa itu bahagia..Biarpun sekejap, ia setidak-tidaknya menjadi kenangan manis sebelum kita menutup mata.

Salam manis untuk semua pasangan yang sedang menikmati apa itu bahagia..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa-apa pun..aku sangat2 bersyukur..
aku bahagia disamping suami dan anak2 tersayang..
~moga ulangtahun perkahwinan kami yang kelima ni akan lebih membahagiakan kami sekeluarga..dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang dariNya..Amin~
~ShErA~
Banyak perkara yang kita kehendaki
Tapi tak semua yang akan diperolehi
Sudah memang ketentuan Ilahi sejak azali
Kerana tak semua perkara
Membawa kebahagian pada diri sendiri.

Hakikatnya tanpa pula kita sedari
Bila dah dapat mulalah lupa diri
Nikmat yang ada tak pernah nak disyukuri
Bahkan makin meminta sana sini
Kononnya benda yang dikehendaki
Masih belum dipenuhi.

Adakah ini hakikat duniawi
Atau pun cabaran dari Ilahi
Buat menuju ke sidang ukhrawi
Tanpa bekal yang belum mencukupi.

Renungi diri kita sendiri
Adakah kita golongan lupa diri
Nikmat yang diperolehi jarang nak disyukuri
Apalagi nak sedekah sana sini
Atau kita golongan yang terpuji
Cukuplah dengan apa yang diperolehi
Tak perlu meminta itu dan ini
Kerana itulah yang dikatakan rezeki
Ketentuan Ilahi sejak azali.

Sabar dengan apa yang terjadi
Ke atas keluarga mahu pun diri sendiri
Kerana itu yang kita pasti
Ada hikmah yang tersembunyi
Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Benda yang datang terimalah dengan rela hati
Benda yang pergi lepaskanlah
Tanpa keraguan di sanubari
Benda yang tidak diperolehi
Kecewa mestilah dijauhi
Benda yang sudah didapati
Lafazkan kesyukuran di hati…

ITULAH SIFAT MUKMIN SEJATI…
ikhlas dari ku yang kau kenali dulu...
~ShErA~
Salam...

hari ni kat skolah ada buat LDP
kira2 dlm thn ni..inilah LDP yg paling enjoy
ada 3 group..1st group cikgu2 lelaki..diaorg main badminton
2nd group belajar jahit manik n 3rd group..memasak.

n..kali ni aku dapat request untuk ajar wat puding roti
ok..no prob.bleh aje..ilmu jgn simpan..sebar-sebarkan..
wlupun aku ni dah sinonim ngan jahitan..
tp apalah salahnya skali skala..tukar bidang
haha..bkn nk tunjuk skill..
bukan pandai sgt pun bab masak memasak ni
stkt masak utk anak beranak aku lepas la..
tp ada la sumting yg bleh aku kongsi2 ngan kwn2..

oklah..jom aku kongsi resepi..

bahan-bahan

Roti gardenia sebungkus besar
susu full cream sekotak besar (saya tukar guna susu cair 1 tin + secawan air)
sour cream/whipping cream (saya guna 1/2 cawan)
1/2 buttercup (nak jimat..saya guna margerin ja lbh krg 100gm)
telur 4 biji
1 cwn gula castor /(160g)
hirisan badam dan kismis hitam

cara membuatnya

- roti dicarik sedikit ditengahnya (jgn hancurkan roti)
- rendam dgn susu full cream/susu cair
- sediakan bahan adunan:
- pukul gula dan butter/margerin hingga kembang
- masukkan telur satu persatu..pukul hingga sebati
- masukkan sour cream/whipping cream
- boleh juga nak masukkan esen vanilla
- susun satu lapisan roti didalam loyang..
- lapiskan dengan bahan adunan berselang seli dgn roti
- ulang hingga habis..
- taburkan badam dan kismis
- bakar lbh kurang 45 minit / hingga masak

ok..klu nak makan dengan kuah pun bleh..

bahan2nyer

susu cair 1 tin
tepung kastad 2 sudu
telur sebiji (merah shj)
esen vanilla skit
gula ( ikut sesedap rasa)
garam sikit

- kacau semua bahan2 di atas dengan api perlahan..

tadaaaa...siap..senang jer..
~ShErA~
Dengan Ingatan Kasih & Sayang..for my beloved hubby..
Salam..
entry kali ni..saja nak crita pasal hadiah..
bestkan bila dapat hadiah..
tapi dah jd resam..hadiah dapat time besday..annivesary..dll
perlu ke kita tunggu hari2 istimewa utk beri hadiah kat org yg kita syg?
rasanya takkan..bagi aku..bagi jer bila2 masa..
kdg2 bila kita bagi ms hari2 biasa ni
mgkn akan lebih bermakna..
erm..seperti yang aku rasa..

kekadang barang yg kira teringin tu
bukan tak mampu nak beli sendiri..
tapi lagi hepi klu dapat dr seseorang
tak kisah la mahal atau murah
terasa sgt dihargai..perasaan yg sukar digambarkan

Bagi yang memberi,
itu sebagai cara melepaskan diri dari sifat bakhil,
saranan untuk saling menghormati dan sebagainya.
Sedangkan kepada yang diberi,
sebagai salah satu bentuk memberi kelapangan terhadapnya,
hilangnya kecemburuan dan kecurigaan,
bahkan mendatangkan rasa cinta dan persatuan dengan sesama...

Kepentingan memberi hadiah


  • Simbol kasih suami terhadap isteri

  • Menggembirakan hati isteri

  • Mencetuskan rasa hormat dan taat dalam hati isteri terhadap suami

  • Mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati.

  • Sabda Nabi, "Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati/jiwa."

  • Mendatangkan rasa saling cinta-mencintai, menyatukan hati dan memunculkan kasih sayang.
so..bagaimana..kiralah brapa kali korang menerima hadiah
dan brapa kali korang memberi hadiah
dari/buat orang2 yang korang sayang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...