~ShErA~
Assalamualaikum...
Rasanya belum terlambat nak ucapkan..

~SeLaMat HaRi RaYa AiDilFiTri~

Dikesempatan ini jugak..
Aku mohon maaf atas semua kesalahanku.
Baik yang disengaja maupun yang tidak,
yang besar maupun yang kecil,
yang masih ingat maupun yang sudah lupa.

erm..kali ni aku beraya kat kg suami..
kami mmg ikut turn..stkt ni tak pernah la lagi skip
hehe..adil dan saksama..syaratnya..raya ke2 mesti blk kg sblh sana
nasib baik satu negeri..stkt sejam lebih jer perjalanan..
so takdak hal punya..

raya kali ni..
mcm biasa..seawal 11 pagi my hubby dah ajak kuar
jenjalan rumah kengkawan dia
cuma kali ni lain skit..
kami ziarah rumah kwn2 dia yg aku tak pernah jumpa..
yg stkt tgk2 kat facebook..
apa2 pun..semua sempoiii..
erm..tp aku teringin sgt nak jumpa sorang kwn dia ni
tak berkesempatan lagi..
tgu la suatu masa nanti...klu diizinkanNya..

oklah..apa2 pun...
aku harap kita saling memaafkan di atas kekhilafan sesama kita
wlupun sukar melupakan sesuatu yg berlaku..berilah kemaafan..
dan Redha di atas apa yg berlaku..
Percayalah..Allah SWT telah sediakan sesuatu utk kita..

Salam Aidilfitri...Maaf Zahir & Batin
Dari kami sekeluarga
~ShErA~
Abang..Hepi Besday..

~Hadiah yg tak seberapa.. ikhlas dari ibu-PSP3006~
Salam...
ekceli mcm dah basi citer ni..
tp takpa..nak jgk citer..hehe

so..besday present utk my hubby dah pun kasi
sronoknyer dia bukan main
yelah..dpt benda yg dia idam2kan
aku pun sbnrnya..lama jgk pikir..
nak kasi apa utk besday dia..
then..terpikir la PSP ni..
sbgai isteri mesti la kita tau apa yg suami kita minat kan
aku mmg sure dia mesti suka punya..
sbb dulu2 penah dia sebut2 nak beli..
tp dah berbulan2..aku tgk dia tak beli2 jgk..
setelah ditimbang..dihitung harganya..
apalah salah aku hadiahkan utk dia
sbg tanda kasih aku..
lgpun..utk besday aku dia tak berkira pun..
so..give n take..
~ShErA~
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami
yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya­ suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah akupetunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
~ShErA~

Assalamualaikum..

wahh..lama jugak tak jenguk kat blog ni..
erm..semalam besday my hubby..8 september
huhu..dah terlewat nak wish kat blog..
sibuk la..tak sempat nak ngadap
tmbh plak pc dia kena sambar petir
so lappy aku ni dah mcm dah pindah hak milik
ish..takpa..apalah sgt stkt nk kongsi benda duniawi ni kan
yg aku tak sanggup berkongsi kasih jer...hehehe

apa-apa pun..to my beloved hubby..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran
~ibu harap kita akan sentiasa beroleh kebahagiaan
dan mendapat keredhaanNya dalam kehidupan kita
bersama anak2 yang tersayang~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...