~ShErA~
Sejak akhir-akhir ni..waktu petang mesti hujan..jadi aku pun jarang la dapat keluar menjenguk laman..hanya mampu tengok pokok2 aku dari dalam rumah..terasa rindunya nak belek2 pokok-pokok tu..manalah tau kalau2 ada ja ulat atau serangga membuat onar..
huhu..seperti yang dijangka..pokok cycas aku yang baru keluar pucuk baru habis dikerjakan ulat..geramnyaaaa..takpalah..redha..rezeki dia..biasanya kalau aku nampak akan keluar pucuk baru..cepat2 aku sembur racun..InsyaAllah..mmg selamat pucuk muda tu..

oklah..hari ni nak cerita pasal melati air yang kak chaq bagi tu..masa dapat hari tu..mmg mcm ala2 hidup segan mati tak mau..tapi lepas dok blog walking segala..cari petua2 cara nak jaga pokok ni..Alhamdulillah..setelah beberapa minggu..semakin gemokkkk dan subur..kredit kpd blog inspirasi alam..banyak dapat ilmu kat sana..terima kasih ya tuan blog..

Baru2 ni sepupu aku dtg rumah..dia ni Inspektor Kesihatan...dia ushar ja dalam pasu air tu..hihi..aku terus cakap nk letak ikan guppy 2/3 ekor...dia cakap..RM500 wooo la ni..paham2 sendiri la...

Rupa-rupanya..pokok ni pun jadi kegemaran ulat bulu...habis dikerjakan masa awal2 hari tu..patutlah habis berlubang2 pucuk-pucuk baru keluar tu..hahhh..lepas tu..tau la dia punya nasib..lepas sembur racun serangga tu..barulah subur gini..daun semakin menghijau dan lebar...ish2..tak sabaqnya nak tunggu berbunga...cantikkkk.
Dalam pasu ni ada 5 pokok sebenarnya...camna yer..kepada yang pakar..perlu tak ubah bagi tinggal sepokok dua ja dalam tu?
~ShErA~
Projek seterusnya...mix & match tempayan biru yg dah lama aku beli ni..actually..tempayan ni reject skit jer..tak perasan langsung..aku dapat dgn harga rm18 sj..so..beli 2 biji..klu yg elok..rm45..lama aku memikir nk tanam apa dalam tu..sebelum ni..aku buat lapik pokok giant false agave..tp pokok tu aku dah pindah naik atas tembok..

al-kisahnya..tetiba 1 hari tu pergi jln2 cari pokok..terpandang la pasu untuk tanaman air ni..terus sambar..lgpun warna biru..mmg rasa mcm sesuai sgt nak letak atas tempayan yg ada kat rumah..jadi ambil sepasang..hehe..retak skit jer (reject ler tu)...so dpt harga rm12 sebiji..pastu terpikir lak..mulut tempayan tu besaq jgk..pandang kiri pandang kanan..nampak pulak piring lapik pasu saiz besar...wahhh..sesyuaiiii sangat buat tutup mulut tempayan tu (betul la kata pepatah..mulut tempayan boleh ditutup...ekeke)...rm3 sebiji..ok..setel..

Balik rumah..terus alihkan tempayan ni kat tepi gazebo...woooo..beratttt..puas jgk la aku dok golekkan...2 biji lak tu..letak kiri & kanan tepi tangga...orait...mmg cun-cun ja..then letak piring lapik pasu..nasib baik ngam2 elok dan macam kukuh...letak la pasu air tu..nak lagi berseri..letak la batu2 hitam putih kat kaki pasu tu..

Jiran depan rumah terus bagi ikan guppy..berbelas ekor jgk rasanya..apa lagi..isi air hujan yang aku tadah..masukkan ikan..pastu..jiran sebelah rumah bagi pokok kiambang..hmmm..jadi ralit pulak dok tengok ikan-ikan tu berenang2..
Untuk pasu satu lagi..aku letak melati air..yang ni kakak kak chik(ex-pkp) yang bagi..ekceli kak chik bawa aku pergi rmh kak chaq..bila terpandang melati air ni dan aku cakap nak pergi beli...terus k. chik & k.chaq cabut anak2 melati air ni yang tumbuh meliar kat atas tanah..wahhh..bertuahnya aku..asyik dapat free jer..hihi..cuma kata k.chaq..pokok tu tak berapa subur..so aku kena balik bela la..ok..takdak hal..aku dah boh dia kat tempat cantik2..letak baja..hari-hari dok belek..InsyaAllah..smoga gemuk la dia lepas ni..

Berakhir la kisah mix & match aku kali ni...apa yang nak sangat aku bagitau...projek ni sangat-sangat menjimatkan..jumlah keseluruhan projek ni cuma RM66.00 sahaja..murahkan???
dan aku berpuas hati dan syok sendiri.....sesuai la dengan orang yang nak berlaman bagai tapi budget ciput...hehe..janji hati waaa senang...ada aku kesahhh
~ShErA~
Selain tanaman hiasan..sebenarnya aku jgk luangkan skit masa utk tanaman dapur..aku pilih tanaman yang mmg nk guna untuk masak..takkan la setakat serai, daun pandan, daun kari tu pun nk kena beli..rasa macam buang duit ja..sehingga hari ni tanaman dapur ni sangat-sangat la berguna dan memudahkan kerja aku kat dapur..jimat belanja..selain daripada tu..dah tentu terjamin segar..bersih dan tak perlu risau pasal baja/racun serangga apa yang digunakan..aku biasanya untuk tanaman dapur ni buat sendiri racun organik..just blend cili padi, bawang putih..pastu letak sabun basuh pinggan yang liquid tu..spray ja..InsyaAllah..selamat tanaman aku ni..nak jaga pun taklah susah..rajin2 la tengok sebab ada ulat dan belalang suka mai buat onar...klu setakat mai nak rasa tu aku redha sj..makan jelah...tp klu dah sampai tahap melingkupkan pokok2 aku ni..mmg saja cari nahas..ke syurga la jawapnya..
~sawi dan kucai~
kucai tu lepas dah setakat nk buat cucuq udang
~Ubi Kayu~
dah selamat dah pun..ubi kuning..sedappp
~limau kasturi~
yang ni mmg payah skit..asal naik pucuk baru..mesti kena makan dgn ulat..
~serai & kunyit~
paling penting ni utk menaikkan aroma masakan
~bendi~
buat gulai boh bendi segar dari kebun
~pandan~
wajib ada kat dapur..ada petua untuk halau tikus..just ambil 2/3 helai..simpul dan letak dalam almari/kabinet..secara tak langsung..wangiiii
~lengkuas~
lambat skit lengkuas ni nk membesar..
cuma klu dah start hidup subur..jenuh nk kawal pembiakkannya...
~kunyit~
selalu menjadi santapan penghuni alam...bila la nk berbunga..sedap buat ulam
~Daun kesum ~ cekur ~ keledek~
bagi hantu laksa macam aku ni..daun kesum harus la ada..
~kantan~
kena rajin pangkas..klu dibiarkan..maunya jadi hutan
~cili padi~
aku tak berapa suka cili ni..tp bleh la kalau terdesak nk guna

so apalagi..jomlah kita hijaukan bumi dengan tanaman dapur!!
Dijamin berfaedah...

~ShErA~
Ini antara koleksi orkid aku yang bersaiz besar bunganya..besar tapak tangan aku..hihi..masa beli mmg semua tengah berbunga..skrg ni dah luruh..hmmm..tak tau bila pulak nk berbunga..apa yang mampu aku buat..spray baja bunga tetiap minggu..dan berharap bunganya yang cantik tu akan muncul lagi...

Cattleya

Vanda

Vanda

Cattleya

~ShErA~
Akhirnya orkidku dah dapat rumah baru..simple ja..oklah tu untuk permulaan..modal pun kecik ja..kalau ikut hajat di hati hari tu..aku teringin nak buat pergola..tapi setelah dihitung-hitung..ada benda lagi penting nak buat..terpaksa la lupakan hasrat tu buat sementara waktu..

Rumah orkid ni aku tempah kat abang aku..bagi design dan budget..so inilah hasilnya..kecik sj..size 7'x4'....boleh la kot muat 30-40 pokok..yang agak-agak boleh tahan panas..hujan..kena la tanam kat tunggul tembusu tu..

Rumah orkid ni guna besi wrought iron..pastu dia tambah design bunga skit kat atas tu..setelah tgk ada budget skit lagi..aku suruh letak bumbung transparent..so cahaya boleh masuk seterusnya melindungi orkid aku daripada terkena hujan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...