~ShErA~
Sedihnya..kisah aku beriya2 buat dadih kunun2 ari ni nak pergi LDP ke Kuala Kangsar..huhu..last2 aku & anak2 la yang kena habiskan dadih tu..ada la sedekah kat jiran tetangga sikit..mesti korang tertanya2 kenapa kan?

Semalam aku tidoq pun dah lewat..dekat2 pukul 2..yelah..prepare barang2 untuk pergi hari ni..set alarm pukul 6..bukan senang nak siapkan 3 orang anak2 aku tu..pukul 7.30 pagi bas akan bergerak..jadi dalam pukul 7 memang aku dah kena keluar rumah...cuba teka apa yang terjadi...

AKU TERLEWAT BANGUN!

sedar-sedar dah pukul 6.45pg..tu pun en.suami yang kejutkan..dia pun tak sedar..alarm pun dah ke mana..seriusss..langsung tak dengar..jadi nak tak nak..memang aku tarik diri..takkan nak biar depa tunggu kami anak beranak yang dah sah2 akan lewat..paling2 awal pun mesti pukul 8..perjalanan nak pergi sekolah makan masa 1/2 jam..kejutkan budak2 tu pun..punya la liat naik bangun...ermm..ada la hikmahnya tu aku tak dapat join..dan kami ambik keputusan bawak anak2 pergi mandi waterfall..pastu terus balik kampung en.suami yang dah 2 bulan tak balik..zassss
~ShErA~
Esok pagi kami akan ikut program sekolah..LDP..jalan-jalan melawat sekitar Kuala Kangsar..ermm..layan jelah. Sekadar nak memenuhi kad biru..cikgu-cikgu diberi 2 pilihan..ikut LDP ke k.kangsar sehari atau kena join forum anjuran PIBG untuk 2 kali sabtu..so pilihan masing2..jadi aku ambil keputusan nak jenjalan..lagipun boleh bawa family..setelah berbincang dengan en.suami..dia setuju nak ikut..sebabnya saja nak bawa anak-anak aku naik bas..ok..angkut semua..sekali dengan Haris sekali..aku yakin Haris memang tak meragam punya..masa dia baru 2 bulan lebih selamber jer aku bawa dia naik cameron highland..ok ja.

Al-kisahnya..aku bercadang nak sponsor la apa2 makanan untuk kawan2 dalam bas nanti..pikir punya pikir..paling senang nak buat inilah dia....
Dadih segera..perasa strawberi dan manggo.Modal pun tak banyak dan mudah! Cara-cara nak buat silalah rujuk kat belakang packaging.
Inilah hasilnya..aku start buat pukul 11.30 malam tadi..tunggu anak-anak semua tidoq..kalau tak..hmmm..akan kedengaranlah suara tarzan aku..sure akan ada punya chef tak bertauliah nak nyibuk.
Nyummy..aku memang suka sangat makan dadih..dulu2 selalu buat sendiri..guna susu lembu asli..masak dengan agar2...sedapnya..tp sekarang dah malas sebab adanya yang segera..hehe
~ShErA~
Korang penah rasa tak..bila apa-apa kerja yang kita buat dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kemudiannya berhasil..walaupun kadang2 orang tak appreciate..tapi kita tetap rasa kepuasan tu kan?perasaan gembira..suka tu tak tergambar..hmm macam tu la jugak bila gardening ni..saat paling syok..bila tanaman kita berbunga cantik..

Bunga pertama sejak berpindah ke tangan aku..bunga sulung la ni..
aisehhh..setangkai jer...apa-apa pun syukur Alhamdulillah..dapat jugak menjamu mata!
~ShErA~
Teringat suatu ketika dulu..aku mula tertawan melihat rain lily ni kat KLCC yang ditanam rapat..berbunga pink dan putih..masa tu tahun 1999..ketika masih bergelar pelajar..hmm..la ni menjengah KL hanya jika ada tugasan rasmi..itu pun tak sempat nak keluar berpoya2..kekangan kerja yang menuntut masa yang sangat padat..sekarang ntah ada atau tidak si lily yang cantik menawan di luar menara berkembar itu...


Zepyranthes tergolong dalam bunga bawangan yang sangat mudah ditanam dan sangat rajin berbunga jika memenuhi 2 syarat utamanya iaitu cukup air dan cukup sinar matahari.
bunganya akan bertambah banyak ketika musim hujan..sebab tu la kot dipanggil rain lily.


Cara nak tanam rain lily ni pun senang jer..cuma perlu pisahkan anak umbinya dengan umbi induk..kemudian ditanam samaada dalam pasu atau terus atas tanah..kalau tanam berjajar di tepi pagar atau siar kaki...wahhh..mesti cantik kan..setakat ni aku cuma tanam dalam pasu kecil comel2..nanti kalau dah banyak anak umbinya..nak ubah tanam tepi tembok pagar..lepas ni nak pi cari warna putih pulak..hmm..putih bersih seperti bintang kejora yang menyembul diantara daunya yang hijau bersih..love it!
~ShErA~
Hari ini sekadar nak kongsi sedikit ilmu dengan kawan-kawan...dan paling penting untuk peringatan diri sendiri jugak..yelah..kadang-kadang tak sedar pun en.suami terkecik hati..haha..biasa la mulut aku ni boleh tahan jugak..oklah..jom sama-sama kita muhasabah diri..

*~~~~~~~~~~~~~~~*
Tahukah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadanya, maka dia adalah wanita yang terkutuk, sebagaimana tersebut di dalam kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran, dan diperkeraskan penderitaannya dalam sarakatul maut, serta dipersempitkan kuburnya. Maka berbahagialah wanita yang diredhai oleh suaminya.

Seorang wanita yang soleh akan menjaga agar selalu dicintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarga mereka. Seorang suami telah memberi nasihat kepada isterinya:


Maafkanlah kesalahanku

nescaya engkau kekalkan cintaku padamu

dan janganlah engkau bicara

saat kemarahanku sedang memuncak


Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku

seperti engkau memukul rebana

kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui

bagaimana sikap orang yang tidak terkendali


Jangan engkau banyak mengeluh

kerana ia akan mengikis cinta

dan hatiku ini akan berubah menolakmu

kerana tabiat hati itu tidak tetap


Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini

bila berpadu dengan rasa benci


dalam waktu yang singkat


rasa cinta itu akan hilang.

Nota kaki>apa-apa pun...para suami pun kena la sama-sama mengharmonikan rumahtangga..kebanyakkan isteri2 sekarang ni turut berkerja..penat sama2..so pepandai la.. ringankan tulang tolong apa-apa yang patut kat rumah tu..jadi cik puan-cik puan kita ni takdak la nak melenting tak tentu pasal..membebel 3 jam tanpa henti..pastu mula melalut sampai menimbulkan kemarahan en.suami...ye tak?
~ShErA~
Tadi aku dan en.suami ke sekolah...ganti untuk cuti Deepavali nanti..Anak2 pulak dipinjam oleh tok mama..bawak budak2 tu pergi family day jabatan imigresen kat Batu Feringgi..jadi tak berasap la dapur..masing2 dah makan kat luar..sebelah malam..en.suami pun start berdialog;

en.suami:Apa ada malam ni?
pn.isteri :ada apa pulaknya?
en.suami:makan la..tak mau la beli..ibu masak la apa2..
pn.isteri:erm..ada la udang skit..dgn lebihan sayuq 2/3 hari lepas.
en.suami:oklah tu..ibu buat ja nasik goreng..campak2 saja..
pn.isteri:orait...nasik goreng tomyam..boleh?
en.suami:terbaekkk...udang mau 'bertonggek' dalam nasik tau!
pn.isteri:aikk..ada pulak udang 'tonggek2'..haha

so godek2 dalam peti ais..pastu kuar ambik serai & daun limau purut..nak try buat Nasi Goreng Tom Yam resepi sesuka hati tanpa rujuk internet..sebab malas nak on lappy..gasakkkk..hehe..jadi korang yang terer masak tu silalah jgn menyampah tengok resepi aku..


Ok..bahan-bahannya adalah seperti gambar di bawah..mana yang ado saja..sayuran tu bleh la tambah carrot, kubis, sawi, cendawan ka..apa2 jelah yang sesuai.


Sedikit cili kisar, bunga kubis, brokoli, buah tomato-potong dadu, bawang besar-hiris, bawang putih-ketuk, daun limau purut-racik2 dan serai-hiris nipis2..kuantitinya ikut suka hati la..pepandai la agak.


Tom Yam paste..ini ori dari siam..
en.suami beli masa pi hatyai hari tu.
Jangan lupa..udang besaq2..lebih kurang 15 ekor aku boh..biaq 'bertonggek' dalam nasik..baru puas makan..kan..kan..oppsss..lupa pulak..nasi lebih kurang 2 mangkuk penuh..
~~~~~~~~~~~


Cara-cara nak mencampak:


1-Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau.

2-Masukkan cili kisar..masak sekejap & masukkan pes tom yam 2 sudu besar. kalau kering sangat..masukkan sedikit air.

3-Masukkan udang dan biar sekejap..agak2 sebati dengan pes tom yam, masuk pulak bunga kubis, brokoli, serai, daun limau purut dan garam.secubit secukup rasa.gaul rata.

4-Masukkan nasi dan tomato dadu. kacau rata seminit dua..rasakan garam..tutup api.

5-Hidangkan..
Nota kaki: kebetulan ada hot spicy drumet..goreng sambil menggoreng nasik..sudahnya..drumet aku hangit..nasib baik tak rentung..kalau tengok kat mak aku..mesti dia kata buat gheja tak 'menyekoh'.Tapi bleh lg makan bersama nasi goreng tomyam ni..so kawan2..bleh la kalau nak cuba resepi ni..sila la buat penambahbaikan mana2 yang perlu..sebab ini resepi sesuka hati aku..apa2 pun..en.suami makan tak pusing kira kanan sebab sibuk dok cari udang tonggek dia..haha..
~ShErA~
Hari ni jom melawat laman aku yang dah jadi semak samun dengan anak2 pokok kemunting cina..tersangat banyak..membiak dengan biji benih dari pokok asal yang dah lama aku cabut.hujung minggu ni aku bercadang nak ubah anak2 pokok ni ke seberang jalan tepi padang..sekurang2nya..berseri la sikit tepi padang tu kan..bunganya memang cantik..berbunga sentiasa dan mudah dijaga.

Sekarang ni banyak betul spesis hybrid dijual dipasaran..biasanya diletak dalam pasu gantung...lawa...pelbagai warna. Aku rasa kemunting cina ni lebih tahan lama daripada petunia..

Spesis liar berbunga putih dan ungu dikatakan mempunyai nilai perubatan tinggi. Merawat penyakit kencing manis dan leukaemia.

Pokoknya membiak dengan 2 cara iaitu melalui biji benih dan keratan batang. memang sangat2 mudah hidup..Batangnya separuh berkayu dan boleh mencapai ketinggian 60cm.

Asalnya yang ni dari benih bunga berwarna ungu terang tapi bila dah banyak2 anak pokok yang tumbuh..macam-macam warna pulak bunganya.

Tahu tak..

sebenarnya pokok ni berasal dari Madagascar..tapi sekarang telah tumbuh meliar dan membiak dengan jayanya di semua kawasan tropika.
Salah satu spesis hybrid yang aku beli kat sebuah nursery..RM10 kalau tak salah..masih elok dalam pasu gantung..anak-anak pokok pun membiak dengan banyak..sapa2 yang berkenan..bleh la mai rumah aku..ambik sepokok percuma 5 pokok..hehe..
~ShErA~
Jom hari ni kita belajar sedikit ilmu tentang pokok pegaga. Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica sejenis ulaman popular orang2 kita...banyak khasiatnya sebab kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi...menurut kajian kan..pegaga ni boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit jer..sebabnya pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan kesan narkotik dan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang..alamakkk..hishh seremmm la pulak.
Tapi jangan tak percaya..WHO telah mengiktiraf pegaga sebagai herba yang boleh menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak..haaa..apa lagi..ibu2 bapa2..lepas ni jom pakat2 kita tanam pegaga noh..buat ulam & jus..kalau nak cerita khasiat pegaga ni memang tak cukup la e3 aku kali ni..sila jenguk sini >khasiat-pegaga

Ok..ni kisahnya pegaga aku..hehe..yang ni aku letak dalam bekas berisi air..buat hiasan meja makan..haha..kalau agak2 sesak tak dak ulam..boleh makan terus..uikksss..maunya kena lempang ngan aku..dah la ada beberapa kerat jer tu..lagi nak buat ulam..tapi yang uniknya..tengok la batangnya...menjulang tinggi...kalau ikut pemerhatian aku la..dah sekaki lebih tingginya tu..punca2nya menurut ilmu sains aku masa skolah2 dulu..pokok ni kekurangan cahaya matahari....ish..ish...cikgu2 sains...tolong bagi pilihan2 jawapan ya..
~ShErA~
Tension aku sejak akhir2 ni..dalam seminggu mesti 2/3 orang akan tegur aku dah semakin bulat...aku hanya mampu senyum sambil jawab 'aku senang hati'..tapi sebenarnya aku susah hati bila orang tegur aku 'gemuk'..memang berat badan aku naik selepas bersalin anak ke-3..masa dalam pantang tu...gila2 punya diet..berbengkung siang malam..tapi berat turun skit saja..last2 aku bantai makan tak hengat punya..puas hati..berat macam tu jugak..mungkin faktor usia kot..dah 30-an..dulu-dulu masa lepas bersalin kat faris & anaqee..cepat jer turun..diet pun ala2 saja..memang maintain 46-48kg..tak pernah la cecah 50kg..
Aku dah kira BMI..masih di tahap normal..hehe..tapi dah hujung2 la..24.4...memang sah kalau aku tak control jugak..alamatnya nanti jadi macam panda bear la.huhu..taknak2..walaupun nampak comey panda bear tu kan..ish..macamna ni nak disiplinkan diri berdiet..sebab en.suami pun kuat makan sekarang ni..so aku pun terjebak sekali..dah aku yang tukang masak..takkan nak tengok saja depa makan..oh tidakkkk..
Secara jujurnya..aku ada skit rasa risau pasal berat badan ni..terutamanya bahagian perut...tapi tu la..kalau takdak apa2 usaha..macam gitu la rupanya..actually aku ada beli set Premium Beautiful..lama dah..tahun 2009..tapi bleh kira dengan jari berapa kali sangat aku pakai..en.suami memang dah tak daya nak perli memerli aku pasal ni..aku buat dono ja..haha..hari tu lepas cuti bersalin..hari pertama ke sekolah..aku pakai...kunun2 nak tunjuk dah slim lepas bersalin..hihi..sehari tu jelah..leceh nak pakai pagi2 ni..dah la kelam kelibut dengan anak2..nak kena gerak seawal 6.45 pagi..(hek eleh..nak seribu daya!)Azam esok hari...aku nak pakai set PB! malam ni nak bawak keluar baju2 kebaya lama..bukan nak pakai..belum berkeyakinan lagi..untuk memotivasikan diri jer!
~ShErA~
Senyum..tak perlu kata apa-apa

kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali
kalau kita senyum
semua orang berjangkit
bila semua orang senyum
dunia tiada penyakit...


senyum..
tak perlu kata apa-apa

senyum..
tak perlu kata apa-apa
~ShErA~
Putih..Bersih..memang cantik! penantian yang sangat berbaloi..

selama ni aku cuma mampu tengok gambar saja...

hari ini rasa puas sangat dapat tengok secara real..

melangut aku sensorang kat atas pondok sambil memerhati setiap kuntum bunga ni.

Selepas hujan..ni la bunga pertama yang mekar! ~17 April 2011~


hmmm..tak sabar tunggu ada setangkai la yang belum kembang..

Pagi ni..tengok dah kembang semuanya... ~18 April 2011~

Cantik tak?
~ShErA~
Minggu ni kami dah setel satu kerja yang agak penting kat dalam rumah..kira aktiviti kekeluargaan la jugak..mencuci aquarium yang bau dah macam bangkai...mmg tak boleh blah punya...sebab utamanya..filter pump tu rosak..ikan-ikan pun kepeningan..dua org budak kecik tu biasa la..tukang nyebok jer lebih..bab2 dengan air ni mmg depa suka sgt..tapi kurang la skit tahap xcited tu...haha..sebab air busuk!so..asyik dok kacau ikan yang kami letak sementara dalam besen..nasib baik tak sampai ajal..

ok..dah bersih air..tapi still ada bau lagi..adusss..tensen aku..rasa udara kurang segar! petang ni baru en.suami nak p beli pump baru.. Baru bersemangat ikan-ikan tu berenang-renang...kalau tak macam hidup dalam keterpaksaan saja dalam aquarium tu. Ikan ni en.suami bagi nama ayah & ibu...kunun2 aku & dia la...versi ikan.. so anak2 akan panggil ikan ibu & ikan ayah..
Sentiasa bersama..tak bleh berenggang.
ikan red parrot ni asyik pergi nyorok kat belakang kayu tu saja..
Red parrot untuk Anaqee dan Haris..

Faris memilih ikan cuci cermin..haha.citarasa out punya!
Terapi minda...boleh jadi ralit dok perati gelagat ikan-ikan ni.

Actually..ada seekor ikan cuci cermin.

esok nak pi cari ikan lagi..bagi meriah skit aquarium.
~ShErA~
Baru-baru ni en.suami ada ikut rombongan sekolah ke Hatyai..selain jajan, buah-buahan, mainan & baju untuk anak2..aku ternanti-nanti jugak apa buah tangan untuk aku..rupa-rupanya dia dah siap2 gantung kat rumah orkid...kunun2 seprais la tu..pepagi esoknya..time nak siram orkid..uikkkk...nampak la Bromeliad yang tergantung cantik..unik!
aku tak berapa tau sangat pasal pokok ni..tapi spesisnya memang banyak.. Nak kena study la cara penjagaannya camner.
~ShErA~
Jom kita pi gegarrrr ----->sini
~ShErA~
Ish..ish..brapa punya banyak hobi daaa mau kumpul..takut sat lagi semuanya jadi sekerat jalan...macam la banyak sangat masa tu nak berhobi berbagai-bagai...gasak la makcik oiii..


~..............................................~


Actually yang ni bukan menjurus kepada hobi sepenuhnya..lebih kepada berkaitan dengan kerja seharian aku kat sekolah..dan sangat2 berkait rapat dengan bidang yang aku ajar..aku memang dok intai lama dah mesin ni..akhirnya..2 bulan lepas dapat la jugak..so sekarang ni kalau ada waktu free..aku godek2 la..banyak kena belajar ni..walaupun mesin ni lebih simple tapi bila dah lama tinggal sulaman berkomputer ni..banyak jugak la nak kena refresh balik..dulu2 masa aku ngajar kat KKKT, aku kendalikan mesin tajima 15 jarum tu..yang tu tak payah cakap la..memang terbaekkk..harga masa tu pun cecah 100k..dengar kata mesin tu dah jadi 'tukun' sejak aku pindah..takdak sapa yang reti pakai...sayangnya..tu la..masa aku ada nk turunkan ilmu..semua taknak..hmmm..tak kenal maka tak cinta..itu ja yang mampu aku kata..


Mesin ni lebih sesuai untuk sekadar mengisi masa lapang/hobi kalau nak buat bisnes bagai macam kurang sesuai...


Projek pertama aku...buat atas tuala untuk anak-anak.


tuala ni nak hantar kat taska..so..aku sulam la nama depa..ok tak?


Yang ni memang menguji kesabaran aku skit..asyik putus benang..pastu benang bawah habis..adoiii..ntah macam mana..masuk buka frame..buat2 pandai pi adjust tuala tu...huhu..design dah lari..jenuh nak setting balik.. ~Untuk adik Haris~


last2 cari design yang paling simple dan tak penuh..sekejap ja siap.. Tadaaaa...untuk anak-anak ibu.


~..........................................~


Tip yang aku dapat..benang sulam ni jangan letak kat tempat terbuka. kalau masuk angin (macam biskut la pulak) benang macam reput..sebab tu asyik putus..
~ShErA~
Beberapa hari sebelum hari sukaneka...jenuh dengar Faris bercerita tentang latihan sukaneka yang dibuat 3 hari berturut2..tak habis petang bawak ke malam..betapa seronoknya dia nak bermain..dan hari-hari pesan..ibu dan ayah kena pergi sama..penuh mengharap..akhirnya..pada hari Ahad yang lepas..ayah saja yang pergi..ibu mengintai dari dalam rumah..sebab padangnya betul2 sebelah rumah aku ja..haha..

Seronok jer muka tengok ayah sibuk dok ambik gambar..ok..chaiyok..chaiyok! Alalala..lemah lembutnya anak ibu ni.


Berhati-hati la ibu..setitik pun tak bleh tumpah tau..

yeayyy..dapat hadiah..

jangan memain..johan tau! kira 3/4 hari jugak la dok 'cewi' piala tu..


sekejap2 duduk dalam display cabinet..sekejap2 dok kat rak buku...


meja makan..bilik tidur dia....adoiyaii


nasib baik tak letak dalam peti ais..


Ok..apa-apa pun semoga anak ibu cemerlang dunia & akhirat..


kena seimbang semuanya..


ibu & ayah akan menyokong apa yang terbaik untuk abang dan adik-adik
~ShErA~
Actually dah lama sangat aku minat bidang fotografi ni..dulu aku suarakan kat en.suami nak beli dslr..dia memang gelak ja..dia cakap aku punya minat/hobi tak boleh pakai punya..hangat2 tahi kucing..uissshh..tak patut sungguh!so terpaksa la lupakan hasrat murni tu buat seketika..
Tetiba suatu hari(beberapa bulan yang lalu) en.suami yang beriya2 ajak aku survey nak beli camera ni..wahhhhh..orang mengantuk dibentang tilam & bantal...apa lagi..yapyap yip la..oklah tu berkongsi minat..en.suami siap beli buku bagai..haha..xcited sungguh..dia study pastu ajaq aku pulak..sama2 dapat belajar..tapi benda ni kena banyak explore..eksperimen..berguru dengan orang berpengalaman..teringin nak ambik course..tapi kekangan masa..hmmm..biar la dulu.

~................................................~

Apa-apa pun..sekarang ni aku yang banyak dok godek-godek camera ni..tapi tak terer2 lgpun..en.suami hanya pakai time ada event atau jenjalan ja..takpa..beri aku sedikit masa untuk serasi..
~ShErA~
Minggu ini..genap usia haris 7 bulan..Alhamdulillah..carta perkembangan haris normal..lagi 5 bulan jumpa pakar semula..check darah lagi..setakat ni memang semua ok..takdak masalah apa-apa pun..tapi kita follow saja prosedur..actually kes ni pasal prolonged jaundice masa dia baby. Terasa sekejap sj masa berlalu..melihat perkembangan anak ni adalah saat paling indah..setiap hari kita akan ternanti-nantikan apa progress yang terbaru..sekarang haris dah boleh duduk dan merangkak..dan paling suka kacau abang faris & kakak anaqee main puzzle..lagi satu bila orang sibuk nk membaca..laju ja dia capai..faris pun satu..tak mau buat gheja skolah kat atas meja..nak jugak meniarap..jenuh dok bawak lari dari haris...baru2 ni 1 exercise book dia menjadi mangsa..teriak semalaman takut mualimah dia marah..

~..........................................~


Solution :ibu godek-godek cari semula buku lama..suka bukan main si haris..takdak la dok kacau abang & kakak dia lagi..


Ish2..excited sungguh..siap buat bunyi2 lagi..membaca la kot kekdahnya.. Tekun anak ibu... Muka sangat-sangat teruja..geram kot tengok orange tu.. Apa-apa pun ibu harap minat membaca ni akan berterusan sampai bila-bila..dan memang aku & en.suami menjadikan membaca sebagai budaya di dalam rumah..dan setakat ini aku rasa berbangga bila Faris yang baru berumur 5 tahun lebih sudah boleh membaca buku cerita dan mengeja dengan baik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...