~ShErA~
Sudah beberapa hari tak update blog..kesibukkan melanda..maklumlah cuti sekolah sudah bermula..perut asyik kenyang dengan kenduri kendara..dan tak sempat lekat kat rumah...tapi laman tetap aku jenguk..dapat siram sehari sekali pun jadilah..hmmm 2 minggu cuti aku nak memanfaat sepenuhnya untuk upgrade laman..hihi..berangan jelah..kertas exam pun tak habis marking lagi..walaupun hanya 2 kelas..tapi kertas aku tak ada objektif..sepenuhnya struktur..memang pening nak menandanya...ala..sehari pun boleh siap..tp hang malaih!.apalagi..jom rehat-rehatkan minda..kita terapi dengan pokok-pokok hiasan di laman..

Untuk kali ini jom tengok keladi dari keluarga Araceae yang terdapat di laman aku...terdiri daripada caladium, Philodendron, alocasia, aglaonema dan beberapa jenis lagi...actually aku pun masih baru pasal keladi ni...belum cukup ilmu..ada lagi 3-4 jenis yang tak sempat nak ambik gambar..so layan jelah mana yang ada..
Caladium Bicolor
Aglaonema
Alocasia
Philodendron mamei
Caladium
~ShErA~
so what???tak ada apa2 yang special pun..cuma simple majlis oleh pelajar2 kelas aku..bersempena juga dengan hari guru..begitulah kebiasaannya...dan dari en.suami..seutas jam tangan baru..huhu..jam ketiga pemberian dari dia..yang pertama..hantaran perkahwinan..Bonia..lesap sekelip mata..tetiba ja ghaib..hairan sungguh..yang ke2..Guess..hampehhh..harga boleh tahan..tapi..pakai tak sampai setahun..melingkup!dan kali ni..Casio..tak kisah la mahal atau murah..tak penting...love it!
 so cute..menatang tu la..
aku dah cakap..tak nak apa2 pun..tapi kalau orang dah bagi..rezeki jangan ditolakkkk...
aktiviti makan2 dengan pelajar kelas aku..5RJP/2011
Memandangkan dah habis exam..sambil makan kita tengok wayang free..Repunzel..bukan tengok saja2 tau..ada assignment..kena tengok setiap costum dalam cerita ni..nanti kena kaitkan dengan fashion design..hahhh..ada udang di sebalik mee rupanya..ingat senang2 hangpa semua nak bersantai2...
jangan dok langut saja...ada ilmu tu..hehe

ok..itu saja detik2 indah yang aku lalui pada 26 Mei 2011..apa2 pun aku happy..terima kasih semua..
~ShErA~
Taman mini ini aku buat secara tak sengaja..mula2 aku hanya bersih kawasan ni sebab rimas tengok rumput2 yang panjang tu..lagipun kecik saja kawasan ni..lebih kurang 8'..setelah dibersihkan..sayang pulak tengok terbiar macam tu ja..jadi kutip pokok2 yang agak2 semak kat laman..cucuk2 kat sini..hmm..subur pulak jadinya..lepas tu bila dapat pokok2 dari kawan2 atau jiran..terus tanam kat sini ja..kat dalam aku dah tak mau usik..nanti jadi macam nurseri pulak..
target aku nak jadikan taman mini seratus jenis bunga...hehe..macam2 ada..siap langgar sempadan jiran lagi..nasib baik jiran pun suka!siap tumpang sekaki mai cucuk pokok dari rumahnya..dan sebenarnya aku pun tak kisah sapa2 yang berkenan mana2 pokok yang ada..ambiklah..
sebelah sana pun dalam perancangan untuk upgrade...setakat ni aku dah tanam pokok2 teduhan termasuklah pokok nyior, plumeria, bucida dan sepokok belimbing buluh...rasa mcm nak tanam pokok mempelam barang sepokok..ataupun pokok mata kucing pun menarik jugak kan?
pokok ati2 paling subur setakat ni...ada 4 jenis..
Serasi bersama..semuanya hidup subur
Torenia pun tumpang sekaki..asalnya anak2 benih yang diterbangkan saja..dan kuku jin spesis tricolour..atau nama saintifik untuk kuku jin ni ialah Tradescantia spathacea.
~ShErA~
Orkid lagi!!ayat pertama keluar dari mulut en.suami..hihi..yang dok ada tu pun macam dah tak ambik kisah..beli lagi..ikut suka hati ko la labuuuu..alaaaa..leksss la..murah ja yang ni..3 pokok RM20..ni tengah ada semangat balik nak bela orkid sejak orkid2 yang ada tu dah mula berbunga..kali ni angkat dendrobium kat kedai ex-student aku tu..try mintak 4 pokok utuk 20 hengget..tak dapat la cikgu!huhu..
Setakat ni dah ada 8 koleksi dendrobium aku..tapi yang dok ada tu tak berbunga2 dah dekat 4-5 bulan..ishh..geram betul la..itu la..tak cukup ilmu lagi ni..
Semoga mood rajin aku ni akan berpanjangan dan berterusan..hehe..kategori hobi tempelan ni susah la sikit nak maintain kan...
Den. Mana Blue
Den. Burana Green
Den.Quique Ramirez

nota kaki:semua nama2 orkid ni sekadar rujukan/pemerhatian kasar aku melalui en.google..so kesahihannya perlu diragui..
~ShErA~
Kali ini aku nak memperkenalkan salah satu pokok yang ada kat laman rumah..Bucida Molineti ataupun kita kat sini panggil pokok doa..juga dikenali sebagai spiny black olive tree...baru 2/3 bulan lepas aku tanam..sepokok lagi ditanam luar pagar..jatuh cinta pandang pertama tengok pokok ni kat tepi jalan..lepas tu nampak pulak lanskap sebuah syarikat dekat2 dgn sekolah yg ditanam berjajar Bucida ni..cantik..daunnya bertingkat-tingkat...pokok ni mudah sgt nak jaga..siram la sehari sekali..cepat jugak membesar. Menurut kata kawan aku yang dah tanam pokok ni...dalam masa setahun pokok kat laman dia dah sama paras bumbung rumah...ok..kita tunggu dan lihat yang ini macam mana..
Ok..harganya sangatlah berpatutan yang aku dapat kat sebuah nurseri..hanya RM8.00...kat tempat lain ada belasan ringgit dan mencecah harga RM40+..ada satu jenis lagi..daunya warna putih..ntah..aku tak berapa nak berkenan..minat yang berdaun hijau ni jugak..yang berdaun putih tu macam pokok sakit saja aku tengok..haha..yang sebenarnya berdaun putih tu mahal.
~ShErA~
Pokok kemboja atau nama saintifiknya Plumeria sp./ Frangipani dulu-dulu memang orang akan kaitkan dengan tanaman perkuburan..mungkin sebab baunya yang wangi tu kot..tapi sekarang aku tengok dalam majalah Laman..boleh kata setiap lanskap yang ditonjolkan mesti ada pokok kemboja yang menjadi focus point...unik dan cantik..dan aku pun tak ketinggalan meminati pokok ni..ada 2 pokok sebenarnya yang aku tanam kat luar pagar..dan aku harap suatu hari nanti akan jadi pokok teduhan yang cantik berbunga.macam kat tengah2 highway nak balik alor setar..cantik!
Rajin berbunga..aku tanam masa mula2 pindah masuk rumah ni..dah setahun lebih la..tapi sayang..sekarang pokok ni tak berapa sihat..kena serang penyakit apa ntah..macam bena..habis rosak daun2 dia..gugur satu persatu..tapi still galak berbunga...dah sembur racun..harap2 oklah nanti.
ini putik terbaru..bakal kembang tak beberapa lama lagi..suka!
Wangi tau bau dia...aku ingat lagi..ada sorang pakcik tu..tukang buat gazebo kat rumah aku..dia tegur en.suami..awat pi tanam pokok ni..disuruhnya en.suami segera cabut lempaq buang...nasib baik la en.suami masuk tanya aku dulu..then aku pun explain la panjang lebar..siap suruh dia baca artikel dalam majalah LAMAN...boleh rujuk artikel penuh dalam majalah LAMAN edisi 23-m/s 036-041...haha..nasib baik dia paham...kalau dak jahanam pokok kesayangan aku ni!
petang tadi belek2 bunga kemboja ni dengan en.suami..cantik katanya..nasib la dia tak ikut cakap pakcik tu..dah hampir2 dah nak cabut..ish..ish..aku nak tanam pun mesti la study dulu..
~ShErA~
Petang2 macam ni bikin aku jadi tarzan...adoiii..bukan kali pertama Anaqee buat perangai mcm ni..tahun ni saja dah beberapa kali lipstik aku jadi mangsa dia...huhu..sabar..sabar..tahan marah tu cik kak oiii..Istighfar banyak2...hmmm..budak2 ni kalau senyap tu..maksudnya ada la projek mega depa..kalau bagitau en.suami..mesti aku jugak yang dipersalahkan..kenapa tak simpan tempat tersorok kalau dah tau Anaqee suka main benda tu...huhu..memang silap aku..tadi keluarkan dari handbag..terus letak dalam bakul atas almari...tak terfikir yang dia akan berani main lagi lipstik aku selepas kena teruk dengan aku bulan lepas..huhu..kenapa la anak ibu ni tak serik2 jugak...adakah kerana naluri keperempuanan dia dah terserlah..tapi apasal yang pi conteng pintu bilik tu???huhu..tension..tension..cukuplah setakat ini...baik aku berhibernasi dengan dak Haris....hilangkan tension..arghhhhh!
Oh tidakkk...nasib baik ibu tak datang mood mak tiri hari ni..

Alamakkkk...rapat teruih..ini en.suami baik hati tolong gantikan sebab anak kesayangan dia punya kerja..tapi kali ni memang tak payah nak harap la..silap2 dapat kata2 'manis' dari dia...abaikan..
Eiiiii..tension2...
~ShErA~
Mai cheq oii cheq mai..kita ke negeri kedah..mai oii bagi ghamai..jamu nasik kawah..
ok..kalau dah mai...singgah la Padang Serai noh..
geng2 utagha jom join kat sini
~ShErA~
16 Mei sudah berlalu..tapi kebanyakan sekolah akan buat sambutan pada penghujung sesi persekolahan iaitu  27 Mei ni..baru-baru ini..Faris balik mintak ibu belikan hadiah untuk mualimah dia kat PASTI..katanya semua kawan2 bagi hadiah kat cikgu..alamakkk..ibu lupa la..ok malam tu jugak keluar pergi beli tuala..buat sulaman simple saja..dalam pada tu sempat lagi dia demand lebih2..diambilnya broach aku yang tersimpan cantik dalam kotak sambil berkata 'abang nak bagi yang ni kat mualimah boleh tak?'citarasa tu tak padan2...huhu..mintak maaf la anak oiii...ibu beli pun sebab boleh bayar 2 kali..ahaks
Inilah hasilnya..tapi Faris macam tak berapa nak berkenan...broach aku jugak yang dia aim..mungkin sebab dok dalam kotak...jadi terpaksa la aku cari jugak kotak transparent yang cantik2 untuk menaikkan value tuala tersebuttttt...susah jugak nak bagi paham ini budak...then terpaksa la aku explain lg kat si anak..kalau bagi tuala..nanti hari2 cikgu guna..cikgu ingat kat Faris..cikgu doakan Faris..InsyaAllah..berdasarkan pengalaman sendiri..hari guru tahun lepas..ada pelajar bagi aku face towel..bersulam nama aku..memang betul..setiap kali aku guna..automatik aku ingat budak tu..
Akhirya..pagi tadi Faris bawak tuala tu dengan senyuman..aku tau dia puas hati..hmmm..moralnya packaging tu memang sangat2 penting..dengan packaging la sesuatu produk tu boleh terjual walaupun kadang2 isinya memang macam hampeh...
~ShErA~
Hari ni aku nak kongsi sedikit ilmu tentang  koleksi laman aku yang berdaun cantik..elehh..macam la dia sorang ja ada pokok ni kan..tak kira nak jugak tunjuk..memang tengah dok subur...sebenarnya pokok ni aku rembat anaknya kat sekolah..aku ambik yang paling kecik supaya tidak dapat dikesan akan kehilangannya..hehe.ish..ish..tak baik tau..bukanlah begitu cerita betulnya...mintak belas ihsan tukang kebun..dan ada pertukaran dengan anak pokok dari laman rumah aku.
Inilah anak pokok masa mula2 aku ambik..batangnya sebesar lidi saja..ok..pokok hiasan ni dari kumpulan ubi garut. famili tumbuhan Marantaceae...juga dikenali sebagai pokok Sagu Belanda sebab rizom/ubinya dikatakan mengeluarkan kanji yang sesuai untuk pembuatan sabun, gam dan juga bedak..selain daripada tu ia mempunyai khasiat herba yang tinggi untuk cirit birit ,merawat luka dan banyak lagi.

Setelah beberapa bulan...haaa..suburkan?lagi cantik kalau dah merimbun penuh pasu...senang saja nak jaga pokok ni..perlu didedahkan kepada banyak cahaya agar terbentuk corak keputihan pada daunnya. tapi elakkan kena cahaya matahari terik..sebab nanti daunnya akan bergulung dan terbakar..pokok ni jugak sesuai sangat dipamerkan di tempat teduh seperti dalam rumah tapi kuranglah corak putih kat daunnya tu.
~ShErA~
Ya..memang tulus ikhlas dari dalam hati..aku bangga menjadi seorang guru..kalau sesiapa yang seangkatan dengan aku..berada di bawah JPN P.Pinang...itulah ayat keramat yang tertulis di hadapan buku rekod mengajar..tapi untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru tidak semudah ungkapan itu..zaman dah berubah..terlalu banyak cabaran yang terpaksa cikgu2 lalui..mungkin ada sesetengah orang nampak kerjaya ni macam senang..tapi kalau la boleh diberi peluang kepada orang2 itu untuk cuba memikul tanggungjawab ini barang seminggu dua..cubalah rasa..apa2 pun aku percaya..untuk menjadi seorang guru..secara semulajadinya..'jiwa' seorang guru itu perlu ada..kalau tak ada yang itu...hmmm..itulah yang akan jadi perosak profesion perguruan ni..pelbagai perangai 'pelik' guru akan muncul maka dengan ini terjadilah kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga..untuk rakan2 pendidik yang sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan ikhlas..InsyaAllah..ada ganjaran yang besar untuk kita..

Aku teringat kata2 seorang guru senior kat skolah..didiklah anak2 murid kita dengan ikhlas..InsyaAllah..secara tak langsung..anak2 kita juga akan dididik seikhlas kita oleh guru2 mereka..harap2 begitulah.
Akhir kata..sempena dengan hari guru ni..aku hanya nak ucapkan terima kasih kepada semua bekas guru2 aku dari umur 6 tahun sampailah umur 23 tahun..pada usia 24 tahun tu aku dah bergelar pendidik..hehe..juga untuk rakan2 seperjuangan semua..mari sama2 kita menjadi penjana transformasi pedidikan negara..tak lupa juga buat en.suami tersayang..wlupun anak2 didikmu berlainan bangsa & agama..semailah perasaan ikhlas itu..moga2 ia bercambah dan rezeki yang kita dapat tu memperolehi barakah..Amin.
~ShErA~
Sejak akhir-akhir ni aku dah kurang peduli kat orkid2 kesayanganku itu..uhuhu..serius..memang tak sempat nak belek2..sekadar jenguk saja..bunga pun tak ada..merajuk gamaknya..kurang baja sebenarnya la kak oiii..tapi baja tetap la sembur seminggu sekali..dan baru2 ni mak menakan aku ada bagi baja jenis serbuk..bancuh dengan air..memang orkid kat rumah dia meriah berbunga..setelah beberapa kali aku cuba..wahhhh..lihatlah dunia..orkidku berbunga jugak akhirnya setelah sekian lama aku tunggu..
Mokara Jitti
Masih segar..baru saja mekar 2 hari lepas..belum semuanya..yang dalam pic ni terhangat di pasaran..baru jer snap pagi tadi..ini kira orkid kedua berbunga selepas dancing lady hari tu..kira ok la kan..sejuk jugak tangan aku membela orkid..lagi 15 pokok tu bila la nak tunjuk bunganya..dan yang sedihnya..sepokok Cattleya sudah mau ke syurga..rasanya terlebih siram..reput akar dan pangkal..apa2 pun..aku cuba selamatkan tunas2 baru Cattleya tu...buang akar2 reput dan kerat daun2 yang dikenalpasti telah dijangkiti penyakit..ish..ish..leceh jugak bila jadi macam ni..
~ShErA~
Malam ni just masak ayam masak kicap + ayam goreng saja..adik Haris meragam sikit..demam..nak buat sup pun tak sempat..duduk kat ayahnya pun sekejap saja..ntah2 kena cubit dengan ayah kot..jadi setakat tu jelah ibu mampu masak..kalau nak macam2...tunggu la pukul 9 baru dapat makan..huhu..
Oklah..nak share resepi masak kicap mak aku punya...actually masak kicap ni kena 'qenyah' la sikit.-tak paham apa itu qenyah try pi tanya kat org kedah nooo-...kalau masak kicap biasa tu..campak2 bawang & tuang kicap saja kan..aku panggil masak orang malas

Bahan-bahannya:
10 ketul ayam dipotong sederhana-digaul dengan garam,serbuk kunyit, jintan manis dan digoreng.
1 labu bawang besar - potong bulat
seulas bawang putih- ketuk jer
1 inchi halia- ketuk jugak
5 tangkai cili kering-dikisar
sedikit jintan manis
bunga lawang & kulit kayu manis
sehelai daun pandan-disimpul
kicap manis & kicap masin
sos lada hitam-1 sudu
minyak masak

Cara-cara aku masak:
Panaskan minyak & tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau...masukkan cili kisar dan jintan manis & biar agak2 dalam 5 minit..kemudian masukkan kicap manis, kicap masin dan sos lada hitam (kicap aku tuang main agak2 jer)..Kalau rasa macam pekat sangat..boleh letak air sikit..perasakan dengan garam (biasanya aku dah tak letak garam...sebab kicap dah masin..ayam pun dah masin)..tak elok tu..tapi kalau nak..boleh la letak secukup rasa maggi tu..sikit jer tau..masukkan ayam yang dah digoreng tadi..kacau hingga sebati..tutup api..angkat dan hidangkan..ok..dah siap..tabur la skit daun bawang/sup kalau ada..apa lagi..baca doa makan...nyum..nyum dengan nasik panas2..

notakaki: sebenarnya bila kita tumis dengan daun pandan..wangi sangat..bau pun dah macam sedap.
~ShErA~

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering menggores hati mereka,
Atau yang jarang mempedulikan dan mendoakan mereka.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.
~~~~~~~~~~~~~
Hari ibu kami sambut biasa-biasa saja..tak plan apa2 pun..aku cuma cakap kat en.suami petang nak balik rumah mak sat..beli kek sebijik..kununnya en.suami nak sponsor secret recipe..kemudian adik call..suruh pi rumah mak..dia nak sponsor KFC..sengaja kami tak habaq kat mak..kalau tak..mesti dia sibuk nak sediakan itu ini untuk anak2 dan cucu2..
Mak..Terima Kasih Untuk Segalanya..
Mak yang terbaik bagi kami..
Cukuplah gambar yang menunjukkan sambutan hari ibu kami biasa-biasa saja..cara kami.
Ala kadar saja..dari kami anak2 mak..Sayang selalu!
Segala puji bagi Allah, yg telah memerintahkan kami agar berterima kasih kepada kedua ibubapa kami dan berbuat baik kepada mereka. Menggesa kami supaya merebut peluang berbakti kepada mereka, bersungguh-sungguh melakukan kebajikan kepada mereka. Merendahkan diri menghormati mereka. Mewasiatkan kami supaya mengasihani ,mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidik kami semasa kecil.
~ShErA~
Hari ni en.suami ajak pergi layan movie...memang crita yang ditunggu2..apa lagi..lepas abis program kat sekolah..aku terus ke Sunway Carnival & sampai lebih kurang pukul 12.30tgh..then tunggu en.suami lebih kurang 15 minit..tanpa buang masa terus terjah ke GSC tengok ticket..alahaiii...dah terlepas show pukul 11.30pg..nak tak nak kena la tunggu next show pukul 2.05ptg..itu pun tinggal seat depan2 ja..aku ni dah berbelah bagi..teringat kat anak2 dok kat taska...kesian pulak kat depa..dah la masa hantar pagi tadi..depa 3 beradik sj ada hari ni..Tapi dah alang2 sampai..teruskan jugak niat nak dating dengan en.suami..bukan selalu pun..tapi lepas ni banyak lagi movie nak dilayan..termasuklah Transformers..wajib tengok ni!
Ok..apa yang boleh aku katakan..memang layannn..penuh dengan aksi2 yang menggegarkan kepala otak aku..cuma aku frust skit..banyak sangat aksi tembak menembak..sebabnya misi kali ni depa lawan dengan geng mafia kat Brazil...aku nak tengok depa pecut keta..tak banyak skill yang ditonjolkan kali ni...supaya aku boleh jadikan sumber inspirasi aku di atas jalan raya.ok geng..crita banyak2 pun tak guna..lagi puas hati pi layan sendiri..zasssss..
~ShErA~
Sedih betul baca suratkhabar semalam..hampir2 jugak la nak menitis air mata..tapi sempat lagi la cover sebab dok kat kantin..kisah tentang 3 beradik yang maut dihanyut arus deras di Ulu Bendol yang telah dijumpai mayat mereka..aduhhh..tak dapat nak bayangkan perasaan ibu mereka..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..kena betul2 kuat iman..kalau tak.. maunya meroyan separuh nyawa (aku la kot macam tu)..nauzubillah min zalik.
Kebetulan pada hari kejadian..kami pun bawak anak2 mandi waterfall..tapi kat kedah la..Titi Hayun di Yan..mula2 memang aku tak berapa setuju..takut benda2 macam tu la berlaku..lagipun cuaca pun tak menentu..kalau hari cerah pun.tetiba ja hujan boleh turun lebat..tapi en.suami cakap dah janji ngan anak2 gara2 kami tak jadi bawak depa naik bas ikut rombongan sekolah tu..tengok cuaca pun elok ja..ok jelah.
Sampai saja kat sana..mak oiii...ramainya orang..pergi cari tempat yang sesuai untuk anak2 mandi..semua turun kecuali ibu..kena jaga barang dan pegang camera..huhu
adik Haris pun bukan main seronoknya..
Wah..wah..hepinya depa..ibu tengok jelah yer..
Bila tengok anak2 seronok..cukuplah buat ibu..
sejuk terketaq2..kesian adik Haris..nasib baik tak demam..
Udah..udah la tu..dah 2 jam berendam..
Alhamdulillah..semuanya selamat..takdak benda2 yang tak diingini berlaku..
~~~~~~~~~~~~~
Wahai Allah , jadikanlah permulaan hari kita ini merupakan kebaikan , sedang pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan . Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...