~ShErA~
Tanaman tutup bumi atau ground covers plant sedikit sebanyak memainkan peranan menaikkan seri laman..jadi ada la sedikit koleksi aku untuk dikongsi maklumat..
Chlorophytum bichetti
Tumbuhan ni hidup secara berkelompok dan mudah membiak di bawah pokok teduhan lain. Bichetti Grass ini juga cantik dijadikan tanaman hiasan berpasu di dalam rumah. Ketinggiannya tidak melebihi 25cm menjadikan spesis ini sesuai dijadikan tanaman tutup bumi.
Alternanthera tenella
Tanaman berdaun yang cukup indah bagi menutup ruang tanah. Bagi container garden, joyweed ini cantik jugak digandingkan bersama tanaman renek lain. Sangat mudah untuk membiak dan hidup subur..setakat ni aku hanya potong dan cucuk ja kat tanah & jangan lupa siram untuk minggu2 pertama..lepas tu biar pun ok ja dia hidup.
Tradesantia spathacea
Aku ada 2 jenis spesis ni kat rumah..cantik dan tampil eksotik sebagai tanaman tutup bumi dan menambah warna pada taman. Pokok ni memerlukan cahaya matahari penuh dan boleh juga hidup di kawasan separa teduhan untuk mendapatkan warna daunnya yang cantik. Tanaman ni juga dikenali dengan nama Variegated Boat Lily. Tapi setakat hari ni aku selalu sebut kuku jin.
Arachis Pintoi
Tanaman tutup bumi yang amat sesuai digunakan bagi ruang yang kurang menarik. Pertumbuhannya sangat cepat dan mudah merebak dalam keadaan cahaya matahari penuh. Juga dikenali sebagai Pinto Peanut dan berasal dari Brazil..aku suka tengok bunganya yang berwarna kuning kembang diwaktu pagi..
~ShErA~
Pokok nyior ni aku dan en.suami tanam beberapa bulan sebelum pindah masuk ke rumah ni..ingat lagi tarikh tu..30 Ogos 2009...kami bawak balik dari kampung en.suami di Kuala Sala..MIL cakap..dalam masa 3 tahun..InsyaAllah dah berbuah..
Inilah pokoknya masa mula2 kami tanam..kecik jer kan..

Wahhh..tengok..belum lagi sampai 2 tahun..dah besar berkali-kali ganda..tanpa sebarang penjagaan.
Dan yang paling teruja...dah nak berbuah...syukur Alhamdulillah..belum pun sampai 2 tahun..batang pun takdak lagi..kalau tengok memang tak padan dengan pokoknya..kalau la lekat buahnya nanti..tentu akan duduk kat atas tanah..
~ShErA~
Koleksi laman kali ni jenuh jugak aku cari maklumatnya..kalau menurut kata penjual bunga kat nurseri tu...ini bunga Jasmine..tapi setahu aku bunga Jasmine berbau wangi..yang ini mmg tak ada bau..ada kat satu forum tu cakap.. ini Jasmine thai..adusss..pening..last2 jumpa la nama saintifiknya Wrightia Antidysenterica. Juga dikenali sebagai Arctic Snow, Milky Way, Snowflakes, Winter cherry tree...daripada family Apocynaceae.
Bunga ini perlukan matahari penuh untuk terus berbunga..jangan biarkan medium kering..nak jaga pun tak susah..kira low maintenance la..yang penting cukup cahaya, air dan baja...akan kekal berbunga cantik..
Kalau kat India..pokok ni considered pokok berubat..tapi aku blum habis menuntut lagi..hihi..nak terang lebih2 pun takut jadi ajaran sesat pulak..

Nota Kaki: untuk maklumat lebih lanjut boleh jenguk kat sini
~ShErA~
Selepas bersuka ria kat toy museum..destinasi seterusnya ialah Bukit Bendera..saja bawak anak2 naik cable car baru..mula beroperasi tahun ini..anak2 sangat seronok..layan jelah..yang penting depa happy..walaupun kali ni ayah & ibu tak bawak pergi bercuti jauh2..
Permandangan dari atas Bukit Bendera atau dikenali jugak sebagai Penang Hill
Berada pada ketinggian 830 meter di atas Georgtown
Haris pun sibuk nak tengok ke bawah..boleh nampak seluruh pulau dan tanah besar di seberang laut..
5 darjah celcius lebih dingin daripada paras laut..
ramai juga orang walaupun hari berkerja..ambil peluang sempena cuti sekolah
macam-macam hal kami anak beranak
betul-betul di atas puncak..ada masjid, kuil dan playground.
sempat bergambar dengan ular sawa..ayah & Anaqee saja yang betul2 berani sebenarnya..ibu, Faris & Haris cuma tumpang sekaki..Faris yang hanya sentuh dengan ibu jari tak habis2 bergebang dekat sepupu2nya yang dia berani pegang ular..lawak betul..Anaqee rileks saja..
~ShErA~

Cuti sekolah kali ni kami tak rancang percutian ke mana2 destinasi memandangkan byk kenduri kendara melibatkan rumah sedara mara..budget pun nak kena cut sbb aku ada projek nak naik taraf laman lagi..cuma minggu depan en.suami akan ke Krabi Island dengan kawan2 sekolahnya..tak dapat la nak join..lagipun dengan anak kecil ni..susah la sikit..jadi untuk menghiburkan hati anak2..kami ronda2 Penang saja..wlupun dekat...tak pernah sampai pun tempat2 yang tak kurang menariknya kat Penang ni..asyik dok nampak yang jauh saja..ok..jom ikut kami melayan anak-anak dalam Toy Museum..enjoyyy..
En.suami terpaksa tangkap si Faris..asyik lari ja tak mau bergambar..last2 begitulah jadinya gambar kami yang memang ribut.uhuhu..
hishhh..kat sini depa dok teruja..sebab katanya patung tu tak malu..nampak b****t..
Anaqee memang banyak tanya..mmg kaki kartun.
Ibu pun tumpang sekaki..
My heroes..gagah perkasa..yg kat belakang tu la..haha
Bergambar dalam keterpaksaan..
Sapa yang excited sebenarnya ni??
Macam-macam ada...
eiii..comelnya..
layan jelahhh..

Ok..banyak lagi sebenarnya...memang enjoy sebab kami anak beranak memang layan segala macam kartun..ada masa untuk anak2 menonton kartun walaupun kat astro tu kartun 24 jam dok ada..dan biasanya kami akan tonton sekeluarga..tak kiralah kartun apa pun..bila bawak anak2 tengok secara real..memang depa teruja sangat2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...