Assalamualaikum
Fuhh..mood makan aku sepanjang cuti sekolah ni semakin menjadi2..dan berita 'gembira' yang memang patut aku terima mestilah lebihan kilo ajaibku..huwaaa...
Apa2 pun..makan tetap makan...masak tetap masak..cuma jadi tak seimbang bila sesudah makan aku asyik melepak ja..jarang sangat sekarang ni aku keluar berkebun secara extreme..bermaksud..menghayun cangkul dengan bertopi nyonya..plg kurang pun 2 jam la...berpeluh sebaldi tau!tapi itu cerita dulu la..cuti kali ni memang buat lemak ja..
Jom layan apa yang aku belajar kali ni..Blueberry Cheese Tart!
Yang ini buat secara sahihnya tak pernah la sampai ke tangan jiran..tak sempat nak bagi kat juri luar..seisi rumah suka..en.suami yang agak memilih dengan makanan yang manis2 ni pun boleh layan cistat ni sampai tahap berebut dengan anak2..haaa..bayangkannnn..kesedapannya..hehe..
motip puji masakan sendiri!
jap..jap..bagi aku resepi tu yang penting untuk memastikan masakan tu sedap ke tak..dan ditambah dengan skill la..betoi kan.kan..kalau tak setuju..sila geleng kepala..
Orait..resepi ni aku campur aduk daripada beberapa sumber & belajar lukis2 kat atas cistat tu aku tengok kat blog kak
Azlita Aziz
Jom kita tengok resepi yer..
Sumber Rujukan :Haz_amon@myresepi
Blueberry Cheese Tart
*Bahan untuk sweet pastry
-125gm butter/mentega
-50gm gula icing
-1 biji telur (gred B)
-240 gm tepung gandum
*Bahan untuk cheese filling (inti)
- 250gm cream cheese
- 50gm gula icing
- 1 sudu butter (lembutkan)
- 1/2 sudu besar perahan lemon
- 1 biji telur (gred B)
- Blueberry pie filling atau apa2 perisa yang korang suka
Cara-cara
-Sweet Pastry : pukul butter dan gula icing sampai creamy.
Masukkan telur dan pukul lg. Lepas tu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk
doh. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dlm acuan tart. Tekan kemas2. Trim
tepinya dengan pisau. Cucuk dgn garfu sblm bakar. Bakar pada suhu 170C lebih
kurang 20-25 minit.
-Cheese Filling : putar cream cheese, butter dan gula hingga
fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon. Putar lg hingga sebati.
Masukkan Blueberry ke dalam kulit tart/crust (aku guna sudu
kfc ja..malas nk guna piping bag).
Letak cream cheese filling hingga penuh supaya ia cantik
membuncit.
Bakar selama 10 minit / filling nmpk mcm dah kering –suhu
170c
Nota:
- Utk dpt doh yg baik masukkan doh dlm
plastic..pastu simpan dlm peti ais semalaman (aku letak1-2 jam ja) sebelum kita tekan dlm acuan.
- Crust ni kita boleh buat awal2..simpan dlm bekas
kedap udara.
- Tunggu crust betul2 sejuk baru letak filling
& cheese.
- Keluarkan cream cheese 20-30 minit sblm nk guna.
JANGAN biar mencapai suhu bilik.
"Selamat Mencuba"