~ShErA~
Hari ini sekadar nak kongsi sedikit ilmu dengan kawan-kawan...dan paling penting untuk peringatan diri sendiri jugak..yelah..kadang-kadang tak sedar pun en.suami terkecik hati..haha..biasa la mulut aku ni boleh tahan jugak..oklah..jom sama-sama kita muhasabah diri..

*~~~~~~~~~~~~~~~*
Tahukah engkau bahawa siapa pun wanita bila suaminya marah kepadanya, maka dia adalah wanita yang terkutuk, sebagaimana tersebut di dalam kitab Zabur, Taurat, Injil dan Al-Quran, dan diperkeraskan penderitaannya dalam sarakatul maut, serta dipersempitkan kuburnya. Maka berbahagialah wanita yang diredhai oleh suaminya.

Seorang wanita yang soleh akan menjaga agar selalu dicintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarga mereka. Seorang suami telah memberi nasihat kepada isterinya:


Maafkanlah kesalahanku

nescaya engkau kekalkan cintaku padamu

dan janganlah engkau bicara

saat kemarahanku sedang memuncak


Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku

seperti engkau memukul rebana

kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui

bagaimana sikap orang yang tidak terkendali


Jangan engkau banyak mengeluh

kerana ia akan mengikis cinta

dan hatiku ini akan berubah menolakmu

kerana tabiat hati itu tidak tetap


Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini

bila berpadu dengan rasa benci


dalam waktu yang singkat


rasa cinta itu akan hilang.

Nota kaki>apa-apa pun...para suami pun kena la sama-sama mengharmonikan rumahtangga..kebanyakkan isteri2 sekarang ni turut berkerja..penat sama2..so pepandai la.. ringankan tulang tolong apa-apa yang patut kat rumah tu..jadi cik puan-cik puan kita ni takdak la nak melenting tak tentu pasal..membebel 3 jam tanpa henti..pastu mula melalut sampai menimbulkan kemarahan en.suami...ye tak?
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...