~ShErA~
Tanaman tutup bumi atau ground covers plant sedikit sebanyak memainkan peranan menaikkan seri laman..jadi ada la sedikit koleksi aku untuk dikongsi maklumat..
Chlorophytum bichetti
Tumbuhan ni hidup secara berkelompok dan mudah membiak di bawah pokok teduhan lain. Bichetti Grass ini juga cantik dijadikan tanaman hiasan berpasu di dalam rumah. Ketinggiannya tidak melebihi 25cm menjadikan spesis ini sesuai dijadikan tanaman tutup bumi.
Alternanthera tenella
Tanaman berdaun yang cukup indah bagi menutup ruang tanah. Bagi container garden, joyweed ini cantik jugak digandingkan bersama tanaman renek lain. Sangat mudah untuk membiak dan hidup subur..setakat ni aku hanya potong dan cucuk ja kat tanah & jangan lupa siram untuk minggu2 pertama..lepas tu biar pun ok ja dia hidup.
Tradesantia spathacea
Aku ada 2 jenis spesis ni kat rumah..cantik dan tampil eksotik sebagai tanaman tutup bumi dan menambah warna pada taman. Pokok ni memerlukan cahaya matahari penuh dan boleh juga hidup di kawasan separa teduhan untuk mendapatkan warna daunnya yang cantik. Tanaman ni juga dikenali dengan nama Variegated Boat Lily. Tapi setakat hari ni aku selalu sebut kuku jin.
Arachis Pintoi
Tanaman tutup bumi yang amat sesuai digunakan bagi ruang yang kurang menarik. Pertumbuhannya sangat cepat dan mudah merebak dalam keadaan cahaya matahari penuh. Juga dikenali sebagai Pinto Peanut dan berasal dari Brazil..aku suka tengok bunganya yang berwarna kuning kembang diwaktu pagi..
3 Responses
  1. Temuk Says:

    Assalamu'alaikum
    Ayu dan subur tanaman ShErA tu. Berserilah rumah, insya-Allah. Kebetulan, Pak Temuk juga ada menanam semua tu masa ini, kecuali Arachis Pintoi. Ceria selalu!


  2. Salam ShErA,
    Cantik tanaman di laman rumah ShErA. Subur menghijau. Makcik suka tanaman yang mudah tumbuh dan tak banyak 'songel' untuk menjaga. Selamat berkebun!


  3. ~ShErA~ Says:

    Salam pak temuk & pn.hjh..setelah sekian lama..baru berkesempatan menjenguk blog..terima kasih sudi berkunjung ke laman saya..jom berkebun!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...