~ShErA~
Salam Mahabbah sahabat2 semua..moga hari ni semua ceria2 ya!

Ok..hari ni jom tengok apa yang cheq buat..tadaaa..Seri Ayu..memang peberet sejak kecik2 lagi..tapi tak pernah pun terpikir nak buat sendiri..rupa-rupanya senang ja..rugi tak buat dari dulu lg..takpa..itu namanya rezeki akak2 dan makcik2 yang jual kuih ni kan..adanya pembeli setia macam aku.

Pertama kali cuba buat seri ayu ni masa bulan puasa hari tu..sebab sehari sebelum tu ada la beli..tapi hadoiii..nyiurnya dah macam nak masam..hmm..itu yang cuba jugak nak buat..Alhamdulillah..menjadi..bagi kat jiran2..semua cakap sedap & gebu..Oklah..resepi asal kuih ni ambil dari Rohaya MYR..tapi aku dah edit skit2 campur gaul dengan resepi dari teman2 blogger..disamping mempraktikkan segala macam petua yang diberi..

Jom tengok resepi mudah ni..

Bahan-bahannya:
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayak sekali)
1 cawan santan (pastikan bila campur dengan pati pandan..dapat 1 cawan)
sedikit pati pandan (aku kisar 2 helai daun pandan dgn sedikit air)
1 sudu kecil ovallete
sedikit pewarna hijau
inti - kelapa parut putih sekucupnya + 1 sudu tepung gandum + sedikit garam

Cara-cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul telur dan gula hingga betul2 kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
3. Masukkan santan, tepung dan pewarna hijau. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan.
5. Isikan kelapa di bahagian bawah acuan dan tekan supaya mampat.
6. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 7 minit.

ok..selalunya aku keluarkan ja masa panas2 tu..sebab acuan tak banyak..hmm..setakat ni takda masalah pun..senang ja keluarnya..apa-apa pun ikut la skill masing2 noh..selamat mencuba dan menjamu selera!
~ShErA~
Salam ceria kawan2..

Kursus deko kek ni dah lama sangat dalam list..tapi tak jumpa tempat dan masa yang sesuai..kali ni Alhamdulillah..nampak poster kursus pendek anjuran Giat Mara Prima Tasek Gelugor..masa, tempat mmg elok sgt & yang penting..yurannya murahhhh..rm30 ja..kursus berjalan secara hands on..dapat kek sponge sorang sebiji..

 Untuk aku yang tak dak langsung ilmu deko kek ni..rasanya kursus ni sangat2lah berbaloi..sekurang-kurangnya..sekarang aku dah boleh la nak deko sendiri2..mula2 tengok cikgu dok demo..uissshh..rasa ketaq jugak la kepala lutut..boleh ka nak berjalan tangan aku ni..tp tu la..belum cuba..belum tahu..tak la susah mana kalau kita guna alat yang betul..teknik yang betul..dan yang penting..kena sabaq noooo..nak buat roses tu la menguji kesabaran skit..kalau dah biasa buat memang takdak hal punya..tapi bagi kami2 yang kosong ni..perlu ingat..practice makes perfect!
 Tadaaa..ni la hasilnya..bagi aku yang tak pernah buat ni..memang rasa berpuas hati..kalau nak lagi kemas..kena la buat selalu..yang simple2 ja..tak mau serabut sangat..kombinasi warna pun sangat penting..
Bersama rakan sekursus..hasil deko masing2..kak ni mula2 tengok..ishh..macam kenal ja..tapi di mana ya?haha..tak puas hati terus tanya..rupanya PK Hem sekolah anak aku..dah brapa kali jumpa dia kat sekolah..adoii..lemah betoi daya ingatan..
~ShErA~
Permintaan en.abg untuk makan ciskek hasil air tangan aku....adoiii..sumpah takut betul dengan cabaran beliau kali ini...langsung tak pernah cuba..rasa macam susah ja nak buat..pastu bermulalah episod pencarian melalui en.google segala macam versi resepi ciskek..setelah sepurnama menelaah dan berguru melalui alam cyber ni..aku memberanikan diri..Cubaan kali pertama..memang hancur..cisss betullah..pastu cuba lagi..kali ni aku campur gaul segala resepi yang ada..
dan inilah hasilnya...

Hasil setakat ni memang menepati KPI tekak en.abg..ok..cukuplah setakat itu..tekak orang lain aku tak ambil pusing..tapi setelah aku bawak pi sekolah time buat potluck..dapatlah tempahan dari kawan2..haha..baru belajaq2 buat..berani pulak tu ambil tempahan..tak sedaq diri betoi..setakat ni dah lebih 20 biji aku buat..tapi tu la..aku bukan nak bisnes..sekadar hobi..tapi kadang2 penatlah jugak..tak boleh untung pun..apapun janji benda yang aku buat ni enjoyyy..hilangkan stress!

Jom jamu selera..
Resepi nanti aku letak ya..next entry..
~ShErA~
Salam bertemu kembali sahabat sekalian...lamanya tak update blog..pejam celik rupanya dah hampir setahun..hari ini dengan keazaman dan semangat yang meluap2..fuhhh..berjaya jugak akhirnya blog ini bersiaran semula...adoiiii..lamanyalah hai nak boleh semangat..ok2...jom la kita sembang pasal pokok sebab bab ni memang tak pernah hilang semangat..

Kegilaan yang tak terbendung lagi...mengumpul Japanese Rose atau dikenali juga bunga kembang 10 pagi..memang betul2 menawan hati ini..setakat ni dah ada lebih kurang 20++ koleksi..pelbagai jenis dan warna..ada yang beli, tukar2 dengan member2 kat FB dan yang paling best mestilah yang kutip2 kat rumah orang..lagi best ada yang sudi bagi dengan pasu2 sekali..haha..terima kasih daun keladi..tp bak kata pepatah..orang berbudi..kita berbahasa..kalau dah angkat dengan pasu2 tu..so pepandai la pikir yer..huluq la seringgit 2 kat anak2 cucu..

Jommmm kita layan koleksi JR kat rumah aku setakat ni..kebanyakannya memang aku semai dengan keratan batang ja..tp setelah dibelai2 setiap hari..inilah hasilnya..

aku susun kat tepi2 pagar ja..hmm..yang tak bestnya..kecantikan JR ni tak tahan lama..petang dah tak meriah..kembangnya bermula sekitar pukul 10 pagi..
Yang ni pun ada pelbagai warna..selapis ja..tapi tetap cunnn!
Fuhh..ini yang paling meriah setakat ni..asalnya aku tumpangkan ja kat pasu cycas..last2 jadi peralihan kuasa pulak..takpalah..asalkan cantik..kan..kan..
Tak lupa jugak sudut laman kat luar pagar..tiang letrik pun jadi mangsa..haha
Taraaaa...letak kat pasu gantung pulak..JR ni mmg senang jaga..tapi penjagaan yang betul sangat penting..jangan terlebih air..nanti batangnya akan jadi lembik..baja 2 minggu sekali..setakat ni baja yang paling serasi dengan JR ni baja no.55..warna merah..beli kat tesco @ giant..kat nursery biasanya aku cari memang tak ada..

Oklah geng..jom tanam JR..kalau yang dok belah2 utara ni..kalau nak free..jemputlah mai rumah aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...