~ShErA~
Salam Mahabbah sahabat2 semua..moga hari ni semua ceria2 ya!

Ok..hari ni jom tengok apa yang cheq buat..tadaaa..Seri Ayu..memang peberet sejak kecik2 lagi..tapi tak pernah pun terpikir nak buat sendiri..rupa-rupanya senang ja..rugi tak buat dari dulu lg..takpa..itu namanya rezeki akak2 dan makcik2 yang jual kuih ni kan..adanya pembeli setia macam aku.

Pertama kali cuba buat seri ayu ni masa bulan puasa hari tu..sebab sehari sebelum tu ada la beli..tapi hadoiii..nyiurnya dah macam nak masam..hmm..itu yang cuba jugak nak buat..Alhamdulillah..menjadi..bagi kat jiran2..semua cakap sedap & gebu..Oklah..resepi asal kuih ni ambil dari Rohaya MYR..tapi aku dah edit skit2 campur gaul dengan resepi dari teman2 blogger..disamping mempraktikkan segala macam petua yang diberi..

Jom tengok resepi mudah ni..

Bahan-bahannya:
2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayak sekali)
1 cawan santan (pastikan bila campur dengan pati pandan..dapat 1 cawan)
sedikit pati pandan (aku kisar 2 helai daun pandan dgn sedikit air)
1 sudu kecil ovallete
sedikit pewarna hijau
inti - kelapa parut putih sekucupnya + 1 sudu tepung gandum + sedikit garam

Cara-cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul telur dan gula hingga betul2 kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
3. Masukkan santan, tepung dan pewarna hijau. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan.
5. Isikan kelapa di bahagian bawah acuan dan tekan supaya mampat.
6. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 7 minit.

ok..selalunya aku keluarkan ja masa panas2 tu..sebab acuan tak banyak..hmm..setakat ni takda masalah pun..senang ja keluarnya..apa-apa pun ikut la skill masing2 noh..selamat mencuba dan menjamu selera!
3 Responses
  1. Rohah Says:

    Salam Ira,
    ni pun kuih pebret akak..minggu lpas baru buat gak..alhamdulillah habis licin..


  2. ~ShErA~ Says:

    wsalam kak..
    sedap2..tapi tu la..kat rumah saya ni budak2 ni makan setakat seketul dua ja..en.suami tak suka makan kuih muih ni...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...