~ShErA~
Assalamualaikum..
Durian..durian..boleh histeria aku dengan durian ni..tp agak malang nasib aku sebab en.suami tak suka makan doyan..huhu..dan lg malang tak boleh bawak masuk kat dalam rumah..dia secara automatik akan migrain..aduhhh..hukuman apakah ini yang sangat tak masuk akal kennn..
haha..so setiap kali beli durian aku akan makan la dengan anak2 kat atas pondok di laman...dengan mood perasaan sedang menikmati durian kat dusun..hihi..
 
ok..lupakan masalah aku yang langsung tak memberi kesan kat korang..apa kata kita layan Durian Crepe yang menjadi kegilaan ramai sekarang ni..
 
Tadaa...sila menjamu mata!
Ok..oleh kerana aku ni peminat durian yang tegar..tak kira la kalau en.suami aku migrain pun kan..haha..aku tetap buat Durian Crepe ni..ahhh..tp aku tak nak la jadi isteri derhaka..still mintak kebenaran dia..ok la..setakat beberapa ulas jer kan..so bau durian ni tak la menyengat sangat..ni resepi kedua yang aku cuba..yang pertama buat..crepe dia macam melekat skit dan cepat hangus..so try pulak resepi dari blog kak  Azlita Aziz memang puas hati..so cuba la..sedappp..berbaloi2..makan la sampai naik kilo..haha..ok jom semak resepi..


DURIAN CREPE



250 gm tepung gandum

3 biji telur

500 ml santan

1/2 sudu teh garam

1 sudu teh pandan emulco (tak letak pun takpa)

1 sudu teh pewarna hijau (ikut suka la nk buat warna apa pun)

 

Satukan semua bahan di atas di dalam bekas

Kacau rata

Masukkan dalam blender dan kisar

Kemudian tapis

 

Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat

Panaskan hingga kuali benar-benar panas

Oleskan sedikit minyak pada kuali

Kemudian kecilkan api

Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe

Adunan tak perlu di balikkan

Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat

Buat sehingga habis

Biarkan sejuk.


Durian Filling

1 cawan Non dairy Whipping Cream

Isi durian secukupnya

~Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental

~Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit

Ok..dah siap semuanya langkah2 kat atas..sila la bentangkan korang punya crepe yang comel tu..jangan terbalikkan tau..pastikan yang bahagian licin tu dok sebelah bawah..sudukan sedikit whipping cream dan letak atas crepe..pastu sudukan pula isi durian..kemudian letakkan semula whipping cream..so akan jadi macam 3 lapis la..ok..lipat cantik2..ikut suka la nak lipat macamna pun..janji nanti jadi bentuk macam bantal tu..pastikan kemas la..jangan la bila dah siap..nak makan pun takdak selera..hehe..
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...