~ShErA~
Assalamualaikum
 
Fuhh..mood makan aku sepanjang cuti sekolah ni semakin menjadi2..dan berita 'gembira' yang memang patut aku terima mestilah lebihan kilo ajaibku..huwaaa...
 
Apa2 pun..makan tetap makan...masak tetap masak..cuma jadi tak seimbang bila sesudah makan aku asyik melepak ja..jarang sangat sekarang ni aku keluar berkebun secara extreme..bermaksud..menghayun cangkul dengan bertopi nyonya..plg kurang pun 2 jam la...berpeluh sebaldi tau!tapi itu cerita dulu la..cuti kali ni memang buat lemak ja..
 
Jom layan apa yang aku  belajar kali ni..Blueberry Cheese Tart!
Yang ini buat secara sahihnya tak pernah la sampai ke tangan jiran..tak sempat nak bagi kat juri luar..seisi rumah suka..en.suami yang agak memilih dengan makanan yang manis2 ni pun boleh layan cistat ni sampai tahap berebut dengan anak2..haaa..bayangkannnn..kesedapannya..hehe..
motip puji masakan sendiri!
jap..jap..bagi aku resepi tu yang penting untuk memastikan masakan tu sedap ke tak..dan ditambah dengan skill la..betoi kan.kan..kalau tak setuju..sila geleng kepala..
 
 
Orait..resepi ni aku campur aduk daripada beberapa sumber & belajar lukis2 kat atas cistat tu aku tengok kat blog kak Azlita Aziz



 
Jom kita tengok resepi yer..
 
Sumber Rujukan :Haz_amon@myresepi 
                           Azlita Aziz~Masam Manis

Blueberry Cheese Tart
                                                                                   
 *Bahan untuk sweet pastry                  
                                                                    
-125gm butter/mentega                              
-50gm gula icing                                         
-1 biji telur (gred B)                                    
-240 gm tepung gandum                            
 
*Bahan untuk cheese filling (inti)     
 - 250gm cream cheese  
 - 50gm gula icing  
- 1 sudu butter (lembutkan)
- 1/2 sudu besar perahan lemon
- 1 biji telur (gred B)     
- Blueberry pie filling atau apa2 perisa yang korang suka                                 
Cara-cara

-Sweet Pastry : pukul butter dan gula icing sampai creamy. Masukkan telur dan pukul lg. Lepas tu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dlm acuan tart. Tekan kemas2. Trim tepinya dengan pisau. Cucuk dgn garfu sblm bakar. Bakar pada suhu 170C lebih kurang 20-25 minit.

-Cheese Filling : putar cream cheese, butter dan gula hingga fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon. Putar lg hingga sebati.

Masukkan Blueberry ke dalam kulit tart/crust (aku guna sudu kfc ja..malas nk guna piping bag).
Letak cream cheese filling hingga penuh supaya ia cantik membuncit.
Bakar selama 10 minit / filling nmpk mcm dah kering –suhu 170c

Nota:
-     Utk dpt doh yg baik masukkan doh dlm plastic..pastu simpan dlm peti ais semalaman (aku letak1-2 jam ja) sebelum kita  tekan dlm acuan.
-     Crust ni kita boleh buat awal2..simpan dlm bekas kedap udara.
-     Tunggu crust betul2 sejuk baru letak filling & cheese.
-      Keluarkan cream cheese 20-30 minit sblm nk guna. JANGAN biar mencapai suhu bilik.

 "Selamat Mencuba"
6 Responses

  1. Rohah Says:

    salam Shera, bagai berjanji lagi kita..menu sama rupanya...sedap bukan kepalang cheese ni kan..


  2. ~ShErA~ Says:

    w'salam kak Rohah..
    sedap kan..tapi tu la..saya ni kan mak budak yang baru belajar..rasa berbaloi la untuk makan sendiri2..

    Norzie hany>hehe..bahaya makan cistat ni..sebab tak boleh nak berhenti..


  3. wahhhh shera terror masak bestnya! tq for the idea about JR tu. insyaallah i will try to put it as the base..


  4. Unknown Says:

    Saye suka cheese tart...lemak....dan sedap


  5. ~ShErA~ Says:

    Lamanya x jenguk blog..sori kwn2..dah berrahun baru nk respon..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...