~ShErA~
Wahhh..macam tak percaya..pagi2 lagi bersemangat en.suami ajak aku buat pizza..so petangnya kami pergi la cari barang..serius..aku tak pernah pun buat pizza..resepi en.suami dapatkan dari kawan sekolah dia..tengok mmg macam senang ja..katanya sangat sedap..kawan dia tu bawak kat sekolah bagi depa makan..
Lepas solat Maghrib terus aku sediakan bahan2..yang kagumnya en.suami pun turut serta..bersemangat sungguh..jarang2 la dia nak buat benda2 remeh macam ni..ala..bab nak kena uli2 tu la yg dia tak kuasa nak buat..tapi sediakan bahan topping semua dia yang tolong..suka2!

oklah.cerita banyak pun tak best kan..mai aku nak kongsi resepi;

Resepi Pizza sempoi:
Bahan-bahan doh: 2 cawan tepung gandum, 8gm dried yeast, 3/4 cawan air suam, 1 sudu kecil gula halus, 1/2 sudu kecil garam, 2 sudu olive oil.
Bahan-bahan untuk topping: tomato paste, mozarella, sosej daging, nenas, bawang, capsicum merah & hijau, cendawan butang dan apa2 bahan yang korang suka

Cara nak buat: bancuh yis dengan 3/4 air suam. sementara itu masukkan tepung di dlm bekas adunan bersama gula dan garam, kemudian campurkan bancuhan yis dan olive oil. Uli tepung sehingga lembut & bentukkan doh. Tutupkan doh dengan wrapping plastic dan biarkan lebih kurang 30 minit.
Ok..bila dah kembang 2 kali ganda...tumbuk2 adunan tu bagi keluar angin dan uli lagi...kemudian tempa doh di atas pan pizza (aku pakai pan 10")..sapukan tomato paste atasnya, taburkan mozarella untuk lapisan pertama, letak sosej, nenas, bawang, capsicum, cendawan dan akhir sekali taburkan sekali lagi mozarella..

Masukkan dalam oven & bakar dalam 25-30 minit dengan suhu 180...
SELAMAT MENCUBA!
~ShErA~
Seronoknya berada di rumah sepanjang cuti sekolah ni..pokok2 di halaman masing2 sedang menunjukkan keindahan bunga-bunganya..termasuklah garlic vine yang baru kali kedua berbunga..3 padanan rona purple boleh dinikmati serentak..oh ya..kenapa digelar garlic vine?sebenarnya...memang berbau bawang putih, lebih2 lagi kalau dalam rumpunan bunganya yang banyak..
Garlic vine ni sejenis tanaman memanjat..setakat ni aku cuma biarkan ia memanjat pagar..teringin sebenarnya nak buat pergola ataupun arch..hmm..dah terbayang2 lawanya.
tapi garlic vine ni tak tahan lama bunga dia..2/3 hari habislah luruh..apa-apa pun memang cantik!
~ShErA~
Suka sangat tengok Arachis Pintoi ni mula mengembang seawal terbitnya mentari..cantikkk..menguning bunganya memenuhi laman..sepanjang cuti sekolah ni menjadi kebiasaan aku keluar menghirup udara segar sambil menikmati keindahan ciptaanNya..Masyaallah..
~ShErA~

Cantik pula aku tengok si daisy ni..apa lagi..terus angkat..padahal hajat dihati singgah nursery cuma nak cari petunia..hishh..tak tahan godaan sungguh..banyak sangat pilihan warnanya..kebetulan ketika aku sampai tu..bunga-bunga ni masih di atas lori..baru sampai dari CH..
Akhirnya aku ambil 2 warna ni..actually berkenan warna lain..tp tangan ni gatal gi ambik warna lain..hisshh..tak paham aku..ehehe..
Masa ni aku dah ubah tanam atas tanah..memang senang hidup Daisy ni..sangat sesuai di tanam di bawah cahaya matahari supaya cepat berbunga..ish..aku dapat bayangkan kalau la ditanam secara berderet dengan banyak..fuhh..sure lawa giler!
Yang ni dah boleh simpan nak buat benih..ok..kalau nak info lebih boleh la klik kat sini 
terima kasih untuk tuan tanah..sangat banyak info boleh dikongsi..
~ShErA~
Kisah vandaku lagi...cantik kan?
ini kali kedua ia berbunga..
kelopaknya yang sebesar telapak tangan aku memang benar2 memukau mata
warna ungunya yang pekat dari jauh dah boleh nampak..
dan tahan lama..rasanya hampir sebulan jugak..
Sekarang dah habis luruh..
ntah bila pulak akan bersua lagi.
lagi sebulan genaplah setahun vanda ni dalam jagaan aku..
Alhamdulillah..masih sihat dan subur..
semoga cepat berbunga lagi!
~ShErA~

Akhirnya projek tanam rumput kat area gazebo ni telah pun siap..setelah sekian lama kawasan tu nampak 'kasar' dengan taburan batu2 granite bersaiz kecil..kali ini aku betul2 puas hati..rasa lebih sejuk dengan hamparan rumput yang menghijau..dan yang penting lebih selamat untuk anak-anakku bermain..
laman kecil ini..tempat kami berkumpul anak beranak..
laluan yang diubah lagi..
tak sabar nak tunggu betul2 penuh..
Serikan dengan pebble wash stone putih dan hitam
Dan kali ni aku ubah pokok2 berpasu letak berderet di tepi pagar..
Stepping stone ala2 railway sleepers
Untuk setakat ini..aku berpuas hati..walaupun proses penanaman rumput belum siap sepenuhnya lagi..baru separuh daripada laman depan..terberhenti sebab tak cukup pasir..InsyaAllah..minggu depan boleh sambung..rumput pun nak kena beli lagi..
~ShErA~
Kali ini kami ambil keputusan untuk tanam rumput di kawasan laman hadapan...teruja setelah tengok jiran depan rumah tanam..kemudian depa pun buat wakaf..wahhh..terus naik seri hamparan rumput carpet dengan binaan wakaf..tapi sebenarnya itu bukanlah sebab utama..ada peristiwa lain yang membuatkan tetiba saja en.hubby ambil bahagian dan sangat bersungguh2..haha..actually..adik haris jatuh pondok..kepala dan muka cedera sikit sebab tersembam atas batu kecil2 tu..hmm..dan kami rasa tanam rumput adalah lebih selamat untuk anak2 bermain sekitar pondok..
Maka dengan semangat yang berkobar2 en.hubby dan aku menjalankan operasi..proses pertama..clear dulu batu2 kecik tu..tapi dalam bab ni..en.hubby ja yang buat..aku tukang buat2 sibuk..
Bersyukur sangat..dulu jangan harap la en.hubby nak buat semua ni..dia mmg tak berminat bab2 kat laman ni..mintak maaf jelah..semua aku buat sendiri..tapi sekarang..dia selalu lepak kat laman petang2 sambil tengok anak2 bermain..tanpa disuruh..akan bersiramlah pokok2 aku...
Ok...lepas ni nak pi angkut pasir kat kampung..haha..free...
Sebelum pergi angkut pasir..kami ke Lunas dulu..nurseri melayu..setakat ni kat situ la aku rasa paling ok..pokok2 dan pasu murah..senang kira dgn tauke dia..kami ambik rumput yang sama mcm kat laman tepi..rm2.80..kira ok la kat sini..rumput dia pun cantik..subur dan hijau..rata2 nurseri mmg jual rm3.50..kalau ambik banyak bleh la dapat rm3.00..
Lepas letak dan ratakan pasir..kami berdua pun memulakan tugas menyusun satu persatu rumput carpet..guna kaedah sod..kira nak bagi penuh terus...dulu untuk laman tepi kami guna kaedah sprig..so makan masa skit la nak penuh..tapi kalau tengok sekarang ni..dah penuh sampai ke laman belakang untuk tempoh 2 tahun kami duduk di sini.
Hampir siap..kena stop dulu...hujan renyai2 dan sudah mau gelap...tunggu ya..tengok bila dah siap!
~ShErA~
Salam para sahabat..aduhhh..terasa lama benar aku meninggalkan blog ni..tanpa sebab tetiba aku jadi sgt malas..padahal byk cerita yang hendak dikongsi bersama terutamanya berkaitan pokok2 di halaman rumah..

Oklah..untuk kali ini..aku hanya nak tunjukkan salah satu koleksi orkid aku yang galak berbunga..sukanya aku tak terkira..hari2 wajib jengok orkid ni..especially vanda yang sangat cantik dan besar..erm..tahan lama..rasanya dah masuk 2 minggu vandaku kembang cantik berseri..dan rakan sebelahnya pun dan tunjuk spike..vanda jugak..tak sabarnya nak tunggu..apa2 pun..nanti dah kembang..harus aku update kat sini yer..
ketika mula2 menonjolkan diri..
perasan tak?satu kelopak tu diserang ulat..eiii..geram!nasib baik cepat perasan..kalau tak..habislah semua dikerjakannya..
Vanda Pure Magic
~ShErA~
Tanaman tutup bumi atau ground covers plant sedikit sebanyak memainkan peranan menaikkan seri laman..jadi ada la sedikit koleksi aku untuk dikongsi maklumat..
Chlorophytum bichetti
Tumbuhan ni hidup secara berkelompok dan mudah membiak di bawah pokok teduhan lain. Bichetti Grass ini juga cantik dijadikan tanaman hiasan berpasu di dalam rumah. Ketinggiannya tidak melebihi 25cm menjadikan spesis ini sesuai dijadikan tanaman tutup bumi.
Alternanthera tenella
Tanaman berdaun yang cukup indah bagi menutup ruang tanah. Bagi container garden, joyweed ini cantik jugak digandingkan bersama tanaman renek lain. Sangat mudah untuk membiak dan hidup subur..setakat ni aku hanya potong dan cucuk ja kat tanah & jangan lupa siram untuk minggu2 pertama..lepas tu biar pun ok ja dia hidup.
Tradesantia spathacea
Aku ada 2 jenis spesis ni kat rumah..cantik dan tampil eksotik sebagai tanaman tutup bumi dan menambah warna pada taman. Pokok ni memerlukan cahaya matahari penuh dan boleh juga hidup di kawasan separa teduhan untuk mendapatkan warna daunnya yang cantik. Tanaman ni juga dikenali dengan nama Variegated Boat Lily. Tapi setakat hari ni aku selalu sebut kuku jin.
Arachis Pintoi
Tanaman tutup bumi yang amat sesuai digunakan bagi ruang yang kurang menarik. Pertumbuhannya sangat cepat dan mudah merebak dalam keadaan cahaya matahari penuh. Juga dikenali sebagai Pinto Peanut dan berasal dari Brazil..aku suka tengok bunganya yang berwarna kuning kembang diwaktu pagi..
~ShErA~
Pokok nyior ni aku dan en.suami tanam beberapa bulan sebelum pindah masuk ke rumah ni..ingat lagi tarikh tu..30 Ogos 2009...kami bawak balik dari kampung en.suami di Kuala Sala..MIL cakap..dalam masa 3 tahun..InsyaAllah dah berbuah..
Inilah pokoknya masa mula2 kami tanam..kecik jer kan..

Wahhh..tengok..belum lagi sampai 2 tahun..dah besar berkali-kali ganda..tanpa sebarang penjagaan.
Dan yang paling teruja...dah nak berbuah...syukur Alhamdulillah..belum pun sampai 2 tahun..batang pun takdak lagi..kalau tengok memang tak padan dengan pokoknya..kalau la lekat buahnya nanti..tentu akan duduk kat atas tanah..
~ShErA~
Koleksi laman kali ni jenuh jugak aku cari maklumatnya..kalau menurut kata penjual bunga kat nurseri tu...ini bunga Jasmine..tapi setahu aku bunga Jasmine berbau wangi..yang ini mmg tak ada bau..ada kat satu forum tu cakap.. ini Jasmine thai..adusss..pening..last2 jumpa la nama saintifiknya Wrightia Antidysenterica. Juga dikenali sebagai Arctic Snow, Milky Way, Snowflakes, Winter cherry tree...daripada family Apocynaceae.
Bunga ini perlukan matahari penuh untuk terus berbunga..jangan biarkan medium kering..nak jaga pun tak susah..kira low maintenance la..yang penting cukup cahaya, air dan baja...akan kekal berbunga cantik..
Kalau kat India..pokok ni considered pokok berubat..tapi aku blum habis menuntut lagi..hihi..nak terang lebih2 pun takut jadi ajaran sesat pulak..

Nota Kaki: untuk maklumat lebih lanjut boleh jenguk kat sini
~ShErA~
Selepas bersuka ria kat toy museum..destinasi seterusnya ialah Bukit Bendera..saja bawak anak2 naik cable car baru..mula beroperasi tahun ini..anak2 sangat seronok..layan jelah..yang penting depa happy..walaupun kali ni ayah & ibu tak bawak pergi bercuti jauh2..
Permandangan dari atas Bukit Bendera atau dikenali jugak sebagai Penang Hill
Berada pada ketinggian 830 meter di atas Georgtown
Haris pun sibuk nak tengok ke bawah..boleh nampak seluruh pulau dan tanah besar di seberang laut..
5 darjah celcius lebih dingin daripada paras laut..
ramai juga orang walaupun hari berkerja..ambil peluang sempena cuti sekolah
macam-macam hal kami anak beranak
betul-betul di atas puncak..ada masjid, kuil dan playground.
sempat bergambar dengan ular sawa..ayah & Anaqee saja yang betul2 berani sebenarnya..ibu, Faris & Haris cuma tumpang sekaki..Faris yang hanya sentuh dengan ibu jari tak habis2 bergebang dekat sepupu2nya yang dia berani pegang ular..lawak betul..Anaqee rileks saja..
~ShErA~

Cuti sekolah kali ni kami tak rancang percutian ke mana2 destinasi memandangkan byk kenduri kendara melibatkan rumah sedara mara..budget pun nak kena cut sbb aku ada projek nak naik taraf laman lagi..cuma minggu depan en.suami akan ke Krabi Island dengan kawan2 sekolahnya..tak dapat la nak join..lagipun dengan anak kecil ni..susah la sikit..jadi untuk menghiburkan hati anak2..kami ronda2 Penang saja..wlupun dekat...tak pernah sampai pun tempat2 yang tak kurang menariknya kat Penang ni..asyik dok nampak yang jauh saja..ok..jom ikut kami melayan anak-anak dalam Toy Museum..enjoyyy..
En.suami terpaksa tangkap si Faris..asyik lari ja tak mau bergambar..last2 begitulah jadinya gambar kami yang memang ribut.uhuhu..
hishhh..kat sini depa dok teruja..sebab katanya patung tu tak malu..nampak b****t..
Anaqee memang banyak tanya..mmg kaki kartun.
Ibu pun tumpang sekaki..
My heroes..gagah perkasa..yg kat belakang tu la..haha
Bergambar dalam keterpaksaan..
Sapa yang excited sebenarnya ni??
Macam-macam ada...
eiii..comelnya..
layan jelahhh..

Ok..banyak lagi sebenarnya...memang enjoy sebab kami anak beranak memang layan segala macam kartun..ada masa untuk anak2 menonton kartun walaupun kat astro tu kartun 24 jam dok ada..dan biasanya kami akan tonton sekeluarga..tak kiralah kartun apa pun..bila bawak anak2 tengok secara real..memang depa teruja sangat2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...