~ShErA~
Kali ini kami ambil keputusan untuk tanam rumput di kawasan laman hadapan...teruja setelah tengok jiran depan rumah tanam..kemudian depa pun buat wakaf..wahhh..terus naik seri hamparan rumput carpet dengan binaan wakaf..tapi sebenarnya itu bukanlah sebab utama..ada peristiwa lain yang membuatkan tetiba saja en.hubby ambil bahagian dan sangat bersungguh2..haha..actually..adik haris jatuh pondok..kepala dan muka cedera sikit sebab tersembam atas batu kecil2 tu..hmm..dan kami rasa tanam rumput adalah lebih selamat untuk anak2 bermain sekitar pondok..
Maka dengan semangat yang berkobar2 en.hubby dan aku menjalankan operasi..proses pertama..clear dulu batu2 kecik tu..tapi dalam bab ni..en.hubby ja yang buat..aku tukang buat2 sibuk..
Bersyukur sangat..dulu jangan harap la en.hubby nak buat semua ni..dia mmg tak berminat bab2 kat laman ni..mintak maaf jelah..semua aku buat sendiri..tapi sekarang..dia selalu lepak kat laman petang2 sambil tengok anak2 bermain..tanpa disuruh..akan bersiramlah pokok2 aku...
Ok...lepas ni nak pi angkut pasir kat kampung..haha..free...
Sebelum pergi angkut pasir..kami ke Lunas dulu..nurseri melayu..setakat ni kat situ la aku rasa paling ok..pokok2 dan pasu murah..senang kira dgn tauke dia..kami ambik rumput yang sama mcm kat laman tepi..rm2.80..kira ok la kat sini..rumput dia pun cantik..subur dan hijau..rata2 nurseri mmg jual rm3.50..kalau ambik banyak bleh la dapat rm3.00..
Lepas letak dan ratakan pasir..kami berdua pun memulakan tugas menyusun satu persatu rumput carpet..guna kaedah sod..kira nak bagi penuh terus...dulu untuk laman tepi kami guna kaedah sprig..so makan masa skit la nak penuh..tapi kalau tengok sekarang ni..dah penuh sampai ke laman belakang untuk tempoh 2 tahun kami duduk di sini.
Hampir siap..kena stop dulu...hujan renyai2 dan sudah mau gelap...tunggu ya..tengok bila dah siap!
3 Responses
  1. kak tijah Says:

    bestnya...cantik laman...
    nak tya tanam rumput tu guna pasir jenis mcmmana? pasir org bancuh simen tu ka? atau pasir lain? mana leh dapat? maaf tya byk.. teringin nak tanam bila lihat laman puan yg cantik.

    beli rumput kat nursery lunas tu tang mana? apa nama nursery lunas tu?


  2. ~ShErA~ Says:

    ala kak..laman kecik ja ni..boleh la habuan syok2 sendiri..

    kami guna pasir hat bancuh dgn simen tu la..lebihan buat rumah.


  3. Bali Tour Says:

    Best lah ni..
    terima kasih informasinya


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...