~ShErA~

Akhirnya projek tanam rumput kat area gazebo ni telah pun siap..setelah sekian lama kawasan tu nampak 'kasar' dengan taburan batu2 granite bersaiz kecil..kali ini aku betul2 puas hati..rasa lebih sejuk dengan hamparan rumput yang menghijau..dan yang penting lebih selamat untuk anak-anakku bermain..
laman kecil ini..tempat kami berkumpul anak beranak..
laluan yang diubah lagi..
tak sabar nak tunggu betul2 penuh..
Serikan dengan pebble wash stone putih dan hitam
Dan kali ni aku ubah pokok2 berpasu letak berderet di tepi pagar..
Stepping stone ala2 railway sleepers
Untuk setakat ini..aku berpuas hati..walaupun proses penanaman rumput belum siap sepenuhnya lagi..baru separuh daripada laman depan..terberhenti sebab tak cukup pasir..InsyaAllah..minggu depan boleh sambung..rumput pun nak kena beli lagi..
7 Responses
  1. Temuk Says:

    Assalamualaikum,
    Cantiknya kawasan yg sudah kena make-up tu! Persekitaran nyaman pasti memberi ketenangan hati. Cemburu juga Pak Temuk, sebab dah tak kuat nak ubahsuai laman Pak Temuk yg usang ni. Selamat beristirehat selalu, di taman yang ayu!


  2. ~ShErA~ Says:

    waalaikumusalam Pak Temuk..
    Terima kasih sudi jengok laman saya yang tak seberapa tu..sekangkang kera..apa2 pun..bila kena dengan jiwa kita..seronok sangat duduk di laman walaupun tak sehebat laman orang..


  3. Ummi Ummair Says:

    kagumnya dgn laman rumah akak..
    sy pn berangan2 nk ada rumah yg punyai taman luas mcm ni jgk. sejuk mata memandang n anak2 nk bermain pn selesa. tp blm mampu lg la stakat nie..
    ;)


  4. ~ShErA~ Says:

    Ummi Ummair>ala..apa yg dikagumkan sangat tu..laman biasa2 ja..buat sendiri2..sekangkang kera..tp mmg seronok ngadap kehijauan alam ni..tenang


  5. kak tijah Says:

    maaf nak tya, rumah puan kat mana? kalau dekat leh la kak pi ushar...heheh nak curi idea...heheh
    cantik sgt2...tahniah..usaha yg membuahkan hasil...


  6. ~ShErA~ Says:

    terima kasih kak..rumah kat taman lagenda,pdg serai..dekat ja..jemput la mai bila2 senang..taman laman biasa2 ja..hasil tangan sendiri..


  7. Rohah Says:

    Salam,akak memang teruja tengok laman Shera..Seronok bila dapat menatap kehijauan alam hasil penat lelah sendiri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...