~ShErA~
Wahhh..macam tak percaya..pagi2 lagi bersemangat en.suami ajak aku buat pizza..so petangnya kami pergi la cari barang..serius..aku tak pernah pun buat pizza..resepi en.suami dapatkan dari kawan sekolah dia..tengok mmg macam senang ja..katanya sangat sedap..kawan dia tu bawak kat sekolah bagi depa makan..
Lepas solat Maghrib terus aku sediakan bahan2..yang kagumnya en.suami pun turut serta..bersemangat sungguh..jarang2 la dia nak buat benda2 remeh macam ni..ala..bab nak kena uli2 tu la yg dia tak kuasa nak buat..tapi sediakan bahan topping semua dia yang tolong..suka2!

oklah.cerita banyak pun tak best kan..mai aku nak kongsi resepi;

Resepi Pizza sempoi:
Bahan-bahan doh: 2 cawan tepung gandum, 8gm dried yeast, 3/4 cawan air suam, 1 sudu kecil gula halus, 1/2 sudu kecil garam, 2 sudu olive oil.
Bahan-bahan untuk topping: tomato paste, mozarella, sosej daging, nenas, bawang, capsicum merah & hijau, cendawan butang dan apa2 bahan yang korang suka

Cara nak buat: bancuh yis dengan 3/4 air suam. sementara itu masukkan tepung di dlm bekas adunan bersama gula dan garam, kemudian campurkan bancuhan yis dan olive oil. Uli tepung sehingga lembut & bentukkan doh. Tutupkan doh dengan wrapping plastic dan biarkan lebih kurang 30 minit.
Ok..bila dah kembang 2 kali ganda...tumbuk2 adunan tu bagi keluar angin dan uli lagi...kemudian tempa doh di atas pan pizza (aku pakai pan 10")..sapukan tomato paste atasnya, taburkan mozarella untuk lapisan pertama, letak sosej, nenas, bawang, capsicum, cendawan dan akhir sekali taburkan sekali lagi mozarella..

Masukkan dalam oven & bakar dalam 25-30 minit dengan suhu 180...
SELAMAT MENCUBA!
7 Responses

  1. ninakufikmaa Says:

    makjang...ni nina kwn faezah. nak tya. klu kta gna talam bkaq kuih tu boleh x? means xgna pan dia la... lupa nak tya aritu. hehe


  2. ~ShErA~ Says:

    nina..boleh ja..makjang pakai tudung periuk ja hari tu..tgk yg saiz agak2 12"..dah try buat ka..ok dak?


  3. Amie Says:

    Assalamualaikum,
    salam kenal, follow sini ye


  4. Norzie hany Says:

    Salam kenal.
    Sedapnya pizza...feveret saya ni.


  5. mantap nih :)
    Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...


  6. ~ShErA~ Says:

    Assalamualaikum..
    salam kenal semua sahabat
    sorry la nooo..cheq ni setahun sekali baru nak update blog..hehe
    kalau blog ni bernyawa...dah lama dah arwah..tuan dia tak ambik tau.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...