Seronoknya berada di rumah sepanjang cuti sekolah ni..pokok2 di halaman masing2 sedang menunjukkan keindahan bunga-bunganya..termasuklah garlic vine yang baru kali kedua berbunga..3 padanan rona purple boleh dinikmati serentak..oh ya..kenapa digelar garlic vine?sebenarnya...memang berbau bawang putih, lebih2 lagi kalau dalam rumpunan bunganya yang banyak..
Garlic vine ni sejenis tanaman memanjat..setakat ni aku cuma biarkan ia memanjat pagar..teringin sebenarnya nak buat pergola ataupun arch..hmm..dah terbayang2 lawanya.
tapi garlic vine ni tak tahan lama bunga dia..2/3 hari habislah luruh..apa-apa pun memang cantik!



