~ShErA~
Perkahwinan! ia mmg satu yang aku anggap cukup keramat. Apabila kita mengambil keputusan memilih si dia sebagai pasangan hidup, ini bermakna seluruh jiwa dan raga kita diserahkan untuknya..waktu kita menyatakan persetujuan apabila ditanya oleh tok kadi sebelum diijabkabulkan, waktu itu jugalah kita rela dan menerima jodoh kita seadanya.

Kata org dlm melayari bahtera rumahtangga yang suci ini, kerap juga kita tergelincir. setahun dua atau mungkin juga sebulan dua kemanisan hidup sebagai pasangan baru begitu manis terasa. seri di wajah jelas terpancar sama juga dengan serinya inai dijari. tetapi lama kelamaan akan muncul bunga-bunga sengketa. akan timbul ketidaksefahaman. akan wujud badai dan gelora.

Namun satu yang kita semua perlu ingat, setiap perkahwinan memang ada badainya, memang ada cabarannya. hanya yang membezakan kita dgn pasangan lain yang nyata bahagia ialah cara bagaimana kita menyelesaikan sengketa, mewujudkan persefahaman, meredah gelora dan seterusnya mencipta bahagia.

Sebab itu ada masa-masanya kita perlu merujuk pada yang tua. pada org yg lebih dulu makan garam. walaupun kehidupan mereka tak dilimpahi wang ringgit dan harta membukit, tetapi mereka mewah dengan kasih sayang, saling menghormati dan setia hingga ke mati.

Kita yang ada skrg ni entah bagaimana agaknya?mampukah kita meneruskan pelayaran kita yang sudah cukup serba serbi ini sehingga ke destinasinya?mampukah kita mempertahankan bahtera kita dari hanyut atau karam dilanda gelora?

Aku harap kita semua dapat merasa apa itu bahagia..Biarpun sekejap, ia setidak-tidaknya menjadi kenangan manis sebelum kita menutup mata.

Salam manis untuk semua pasangan yang sedang menikmati apa itu bahagia..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Apa-apa pun..aku sangat2 bersyukur..
aku bahagia disamping suami dan anak2 tersayang..
~moga ulangtahun perkahwinan kami yang kelima ni akan lebih membahagiakan kami sekeluarga..dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang dariNya..Amin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...