~ShErA~
Banyak perkara yang kita kehendaki
Tapi tak semua yang akan diperolehi
Sudah memang ketentuan Ilahi sejak azali
Kerana tak semua perkara
Membawa kebahagian pada diri sendiri.

Hakikatnya tanpa pula kita sedari
Bila dah dapat mulalah lupa diri
Nikmat yang ada tak pernah nak disyukuri
Bahkan makin meminta sana sini
Kononnya benda yang dikehendaki
Masih belum dipenuhi.

Adakah ini hakikat duniawi
Atau pun cabaran dari Ilahi
Buat menuju ke sidang ukhrawi
Tanpa bekal yang belum mencukupi.

Renungi diri kita sendiri
Adakah kita golongan lupa diri
Nikmat yang diperolehi jarang nak disyukuri
Apalagi nak sedekah sana sini
Atau kita golongan yang terpuji
Cukuplah dengan apa yang diperolehi
Tak perlu meminta itu dan ini
Kerana itulah yang dikatakan rezeki
Ketentuan Ilahi sejak azali.

Sabar dengan apa yang terjadi
Ke atas keluarga mahu pun diri sendiri
Kerana itu yang kita pasti
Ada hikmah yang tersembunyi
Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Benda yang datang terimalah dengan rela hati
Benda yang pergi lepaskanlah
Tanpa keraguan di sanubari
Benda yang tidak diperolehi
Kecewa mestilah dijauhi
Benda yang sudah didapati
Lafazkan kesyukuran di hati…

ITULAH SIFAT MUKMIN SEJATI…
ikhlas dari ku yang kau kenali dulu...
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...