~ShErA~
Projek laman aku kali ni bahagian sisi kiri rumah. Tak besar mana pun tanah...ada la lebih kurang 6'x20'. Aku dgn en.suami cuba tanam rumput sendiri..tak dak pengalaman apa pun..so cuba dulu kat tanah sekangkang kera.

Proses awal nak tanam rumput ni kami buat dengan rujuk majalah dan internet ja..tp takdak la korek dan ganti tanah..bersihkan sisa2 binaan, cabut rumput2 liar dan letak pasir..rumput 1'x2' dapat harga paling murah pun rm2.50..kebanyakan mmg harga dlm rm3..so jalannnn..then masa nk tanam..kami pecahkan saiz dia bagi kecik2 skit..dan tanam sedikit jarak..kemudian letak pasir kat celah2 yang kosong tu..sekejap ja buat ni..nasib baik en.suami pun mood cantekkk nk menolong..hihi..best2.
Nampaknya projek rumput kami ni berjaya la jugak...kira cara2 tak tau kan...sekejap sj ni dah penuh..yang penting kena siram. cuma kena rajin2 dok tengok takut2 klu ada rumput liar.
ini hasil setelah beberapa bulan..aku saja buat border mcm tu.letak batu yang kecik2 mcm kat laman depan tu. Tapi klu tengok sekarang ni dah tak macam tu rupa dia..haha..terbiar masa aku pregnant..rumput tu dah langgar sempadan..last aku biaq jelah..

Koleksi tanaman dalam pasu yang dah semakin membesar..kat area ni kebanyakan tanaman yang tak tahan panas. Kebetulan ada pokok yang pemaju tanam..ada la skit lindungan.

Dalam kehijauan rumput dan pokok2 hiasan tu..kena jugak ada penyerinya kan..galak berbunga bila letak kat panas dan semestinya kena letak baja bunga jugak..

Apa-apa pun..kalau ikut nafsu aku ni..mmg la tak puas hati lagi..actually ada benda baru nak buat kat sini..dah beli 3 jenis pokok memanjat yang berbunga cantik..salah satunya mesti la bauhinia kockeana..pokok memanjat yang paling aku suka!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...