~ShErA~

Biasanya orang kat tempat aku ni panggil pondok..ada kat tempat lain panggil wakaf..macam2 nama..tp yang pastinya bentuknya serupa..suatu binaan tanpa dinding..berbumbung..dulu-dulu orang bina pondok ni di simpang-simpang jalan..tengah sawah..tujuannya adalah untuk berehat sebentar..tapi la ni gazebo ni dah jadi mcm satu benda yang penting dlm pembinaan landskap..secara tak langsung bleh menaikkan harga hartanah.

Walau apa pun tafsiran orang..bagi aku..aku memang suka sgt pondok ni..macam dok kat kampung..idaman aku sebelum ada rmh sendiri lg...nak sangat2...dan Alhamdulillah..tercapai jgk hasrat aku dengan bantuan en.suami. Jangan salah faham..bukan dia yang buat..haha..tukang kluar duit ja..kalau sesiapa pandai bertukang..boleh buat sendiri..jimat.

Petang-petang mmg anak2 slalu main kat sini..kadang2 faris buat gheja skolah..
malam plak en.suami suka santai sambil minum kopi dan isap rokok daunnya....
betul2 kampung la...bestt..sejuk dan nyaman.
Gambar ni aku ambik masa mula2 siap dulu..skrg ni dah ada la skit2 perubahan pokok kat situ..yang penting..aku tak nak semak2 kat area ni..senang nak lepak2. Secara tak langsung..proses penyiraman pun lebih mudah..kang tak pepasal habis basah gazebo ni.

Jemputlah mai rumah aku kalau nak pekena kopi cap raga di bawah pondok kasih kami ni..nak berkelah makan nasik pun boleh jgk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...