~ShErA~
Projek seterusnya...mix & match tempayan biru yg dah lama aku beli ni..actually..tempayan ni reject skit jer..tak perasan langsung..aku dapat dgn harga rm18 sj..so..beli 2 biji..klu yg elok..rm45..lama aku memikir nk tanam apa dalam tu..sebelum ni..aku buat lapik pokok giant false agave..tp pokok tu aku dah pindah naik atas tembok..

al-kisahnya..tetiba 1 hari tu pergi jln2 cari pokok..terpandang la pasu untuk tanaman air ni..terus sambar..lgpun warna biru..mmg rasa mcm sesuai sgt nak letak atas tempayan yg ada kat rumah..jadi ambil sepasang..hehe..retak skit jer (reject ler tu)...so dpt harga rm12 sebiji..pastu terpikir lak..mulut tempayan tu besaq jgk..pandang kiri pandang kanan..nampak pulak piring lapik pasu saiz besar...wahhh..sesyuaiiii sangat buat tutup mulut tempayan tu (betul la kata pepatah..mulut tempayan boleh ditutup...ekeke)...rm3 sebiji..ok..setel..

Balik rumah..terus alihkan tempayan ni kat tepi gazebo...woooo..beratttt..puas jgk la aku dok golekkan...2 biji lak tu..letak kiri & kanan tepi tangga...orait...mmg cun-cun ja..then letak piring lapik pasu..nasib baik ngam2 elok dan macam kukuh...letak la pasu air tu..nak lagi berseri..letak la batu2 hitam putih kat kaki pasu tu..

Jiran depan rumah terus bagi ikan guppy..berbelas ekor jgk rasanya..apa lagi..isi air hujan yang aku tadah..masukkan ikan..pastu..jiran sebelah rumah bagi pokok kiambang..hmmm..jadi ralit pulak dok tengok ikan-ikan tu berenang2..
Untuk pasu satu lagi..aku letak melati air..yang ni kakak kak chik(ex-pkp) yang bagi..ekceli kak chik bawa aku pergi rmh kak chaq..bila terpandang melati air ni dan aku cakap nak pergi beli...terus k. chik & k.chaq cabut anak2 melati air ni yang tumbuh meliar kat atas tanah..wahhh..bertuahnya aku..asyik dapat free jer..hihi..cuma kata k.chaq..pokok tu tak berapa subur..so aku kena balik bela la..ok..takdak hal..aku dah boh dia kat tempat cantik2..letak baja..hari-hari dok belek..InsyaAllah..smoga gemuk la dia lepas ni..

Berakhir la kisah mix & match aku kali ni...apa yang nak sangat aku bagitau...projek ni sangat-sangat menjimatkan..jumlah keseluruhan projek ni cuma RM66.00 sahaja..murahkan???
dan aku berpuas hati dan syok sendiri.....sesuai la dengan orang yang nak berlaman bagai tapi budget ciput...hehe..janji hati waaa senang...ada aku kesahhh
1 Response
  1. Unknown Says:

    cantik dan kreatif... suka tgk laman puan.. smgt tu yg saya kagum.. hiii sbb sy pun tanam rumput sendri..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...