~ShErA~
Sejak akhir-akhir ni..waktu petang mesti hujan..jadi aku pun jarang la dapat keluar menjenguk laman..hanya mampu tengok pokok2 aku dari dalam rumah..terasa rindunya nak belek2 pokok-pokok tu..manalah tau kalau2 ada ja ulat atau serangga membuat onar..
huhu..seperti yang dijangka..pokok cycas aku yang baru keluar pucuk baru habis dikerjakan ulat..geramnyaaaa..takpalah..redha..rezeki dia..biasanya kalau aku nampak akan keluar pucuk baru..cepat2 aku sembur racun..InsyaAllah..mmg selamat pucuk muda tu..

oklah..hari ni nak cerita pasal melati air yang kak chaq bagi tu..masa dapat hari tu..mmg mcm ala2 hidup segan mati tak mau..tapi lepas dok blog walking segala..cari petua2 cara nak jaga pokok ni..Alhamdulillah..setelah beberapa minggu..semakin gemokkkk dan subur..kredit kpd blog inspirasi alam..banyak dapat ilmu kat sana..terima kasih ya tuan blog..

Baru2 ni sepupu aku dtg rumah..dia ni Inspektor Kesihatan...dia ushar ja dalam pasu air tu..hihi..aku terus cakap nk letak ikan guppy 2/3 ekor...dia cakap..RM500 wooo la ni..paham2 sendiri la...

Rupa-rupanya..pokok ni pun jadi kegemaran ulat bulu...habis dikerjakan masa awal2 hari tu..patutlah habis berlubang2 pucuk-pucuk baru keluar tu..hahhh..lepas tu..tau la dia punya nasib..lepas sembur racun serangga tu..barulah subur gini..daun semakin menghijau dan lebar...ish2..tak sabaqnya nak tunggu berbunga...cantikkkk.
Dalam pasu ni ada 5 pokok sebenarnya...camna yer..kepada yang pakar..perlu tak ubah bagi tinggal sepokok dua ja dalam tu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...