~ShErA~
Cuti baru-baru ni kami balik kampung en.suami kat Sala, Alor Setar. Dah dekat 2 bulan tak balik sana..sebabnya hari sabtu sejak akhir2 ni mesti ada program sekolah dan sekolah ganti..apa nak buat..jadi sempena cuti hari pekerja yang lepas..berkesempatanlah balik menjenguk. Bestnya bila balik sana..dapat makan ikan segar..FIL mesti akan pergi tepi laut tunggu ikan turun dari bot..dan selalunya menu yang best ikan segar ni mestilah ikan bakar dgn air asam..kena pulak dengan gulai dan nasi panas2..hmm lagi rancak makan bila berkelah kat luar tepi sawah dengan angin laut yang bertiup...specialnya kampung en.suami ni sebab berada di tepi sawah dan laut yang dipisahkan dengan sebatang sungai..
Bakar ikan cara tradisional..guna sabut kelapa..enjoy..anak2 merenung tajam...ish2..macam kucing nak mencuri ikan!
ikan segar baru naik dari laut..lemak & manis..sedappp
Damainya hati bila tengok sawah yang menghijau dan mendengar desiran ombak di tepi laut..
Anak-anak ceria bersama dengan sepupu mereka yang sekali sekala berjumpa..kakak Aisyah.
Labels: edit post
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...