~ShErA~
Hari ni aku nak kongsi sedikit ilmu tentang  koleksi laman aku yang berdaun cantik..elehh..macam la dia sorang ja ada pokok ni kan..tak kira nak jugak tunjuk..memang tengah dok subur...sebenarnya pokok ni aku rembat anaknya kat sekolah..aku ambik yang paling kecik supaya tidak dapat dikesan akan kehilangannya..hehe.ish..ish..tak baik tau..bukanlah begitu cerita betulnya...mintak belas ihsan tukang kebun..dan ada pertukaran dengan anak pokok dari laman rumah aku.
Inilah anak pokok masa mula2 aku ambik..batangnya sebesar lidi saja..ok..pokok hiasan ni dari kumpulan ubi garut. famili tumbuhan Marantaceae...juga dikenali sebagai pokok Sagu Belanda sebab rizom/ubinya dikatakan mengeluarkan kanji yang sesuai untuk pembuatan sabun, gam dan juga bedak..selain daripada tu ia mempunyai khasiat herba yang tinggi untuk cirit birit ,merawat luka dan banyak lagi.

Setelah beberapa bulan...haaa..suburkan?lagi cantik kalau dah merimbun penuh pasu...senang saja nak jaga pokok ni..perlu didedahkan kepada banyak cahaya agar terbentuk corak keputihan pada daunnya. tapi elakkan kena cahaya matahari terik..sebab nanti daunnya akan bergulung dan terbakar..pokok ni jugak sesuai sangat dipamerkan di tempat teduh seperti dalam rumah tapi kuranglah corak putih kat daunnya tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...