~ShErA~
Ya..memang tulus ikhlas dari dalam hati..aku bangga menjadi seorang guru..kalau sesiapa yang seangkatan dengan aku..berada di bawah JPN P.Pinang...itulah ayat keramat yang tertulis di hadapan buku rekod mengajar..tapi untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru tidak semudah ungkapan itu..zaman dah berubah..terlalu banyak cabaran yang terpaksa cikgu2 lalui..mungkin ada sesetengah orang nampak kerjaya ni macam senang..tapi kalau la boleh diberi peluang kepada orang2 itu untuk cuba memikul tanggungjawab ini barang seminggu dua..cubalah rasa..apa2 pun aku percaya..untuk menjadi seorang guru..secara semulajadinya..'jiwa' seorang guru itu perlu ada..kalau tak ada yang itu...hmmm..itulah yang akan jadi perosak profesion perguruan ni..pelbagai perangai 'pelik' guru akan muncul maka dengan ini terjadilah kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga..untuk rakan2 pendidik yang sentiasa menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan ikhlas..InsyaAllah..ada ganjaran yang besar untuk kita..

Aku teringat kata2 seorang guru senior kat skolah..didiklah anak2 murid kita dengan ikhlas..InsyaAllah..secara tak langsung..anak2 kita juga akan dididik seikhlas kita oleh guru2 mereka..harap2 begitulah.
Akhir kata..sempena dengan hari guru ni..aku hanya nak ucapkan terima kasih kepada semua bekas guru2 aku dari umur 6 tahun sampailah umur 23 tahun..pada usia 24 tahun tu aku dah bergelar pendidik..hehe..juga untuk rakan2 seperjuangan semua..mari sama2 kita menjadi penjana transformasi pedidikan negara..tak lupa juga buat en.suami tersayang..wlupun anak2 didikmu berlainan bangsa & agama..semailah perasaan ikhlas itu..moga2 ia bercambah dan rezeki yang kita dapat tu memperolehi barakah..Amin.
1 Response
  1. Aina Says:

    selamat hari guru shera... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...