~ShErA~
16 Mei sudah berlalu..tapi kebanyakan sekolah akan buat sambutan pada penghujung sesi persekolahan iaitu  27 Mei ni..baru-baru ini..Faris balik mintak ibu belikan hadiah untuk mualimah dia kat PASTI..katanya semua kawan2 bagi hadiah kat cikgu..alamakkk..ibu lupa la..ok malam tu jugak keluar pergi beli tuala..buat sulaman simple saja..dalam pada tu sempat lagi dia demand lebih2..diambilnya broach aku yang tersimpan cantik dalam kotak sambil berkata 'abang nak bagi yang ni kat mualimah boleh tak?'citarasa tu tak padan2...huhu..mintak maaf la anak oiii...ibu beli pun sebab boleh bayar 2 kali..ahaks
Inilah hasilnya..tapi Faris macam tak berapa nak berkenan...broach aku jugak yang dia aim..mungkin sebab dok dalam kotak...jadi terpaksa la aku cari jugak kotak transparent yang cantik2 untuk menaikkan value tuala tersebuttttt...susah jugak nak bagi paham ini budak...then terpaksa la aku explain lg kat si anak..kalau bagi tuala..nanti hari2 cikgu guna..cikgu ingat kat Faris..cikgu doakan Faris..InsyaAllah..berdasarkan pengalaman sendiri..hari guru tahun lepas..ada pelajar bagi aku face towel..bersulam nama aku..memang betul..setiap kali aku guna..automatik aku ingat budak tu..
Akhirya..pagi tadi Faris bawak tuala tu dengan senyuman..aku tau dia puas hati..hmmm..moralnya packaging tu memang sangat2 penting..dengan packaging la sesuatu produk tu boleh terjual walaupun kadang2 isinya memang macam hampeh...
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...