~ShErA~
Taman mini ini aku buat secara tak sengaja..mula2 aku hanya bersih kawasan ni sebab rimas tengok rumput2 yang panjang tu..lagipun kecik saja kawasan ni..lebih kurang 8'..setelah dibersihkan..sayang pulak tengok terbiar macam tu ja..jadi kutip pokok2 yang agak2 semak kat laman..cucuk2 kat sini..hmm..subur pulak jadinya..lepas tu bila dapat pokok2 dari kawan2 atau jiran..terus tanam kat sini ja..kat dalam aku dah tak mau usik..nanti jadi macam nurseri pulak..
target aku nak jadikan taman mini seratus jenis bunga...hehe..macam2 ada..siap langgar sempadan jiran lagi..nasib baik jiran pun suka!siap tumpang sekaki mai cucuk pokok dari rumahnya..dan sebenarnya aku pun tak kisah sapa2 yang berkenan mana2 pokok yang ada..ambiklah..
sebelah sana pun dalam perancangan untuk upgrade...setakat ni aku dah tanam pokok2 teduhan termasuklah pokok nyior, plumeria, bucida dan sepokok belimbing buluh...rasa mcm nak tanam pokok mempelam barang sepokok..ataupun pokok mata kucing pun menarik jugak kan?
pokok ati2 paling subur setakat ni...ada 4 jenis..
Serasi bersama..semuanya hidup subur
Torenia pun tumpang sekaki..asalnya anak2 benih yang diterbangkan saja..dan kuku jin spesis tricolour..atau nama saintifik untuk kuku jin ni ialah Tradescantia spathacea.
2 Responses
  1. Buat secara tak sengaja pun dah cantik.... ni kalau buat dengan sengaja lagi cantik tu.... :)


  2. ~ShErA~ Says:

    huhu..masalahnya tak cukup masa..saya terpaksa buat sorang2 keliling rumah..dah la dgn anak kecik lg..en.suami tak berminat..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...