~ShErA~
Salam semua..

Sejak akhir-akhir ni..bila baca suratkhabar saja..mesti ada kes bunuh..ish2..apa dah jadi dengan dunia ni..sampaikan dok dalam rumah sendiri pun macam dah tak selamat..itulah..bila akal tak lagi dikawal dengan iman..semuanya ikut nafsu syaitan semata-mata..hancurlah dunia kita nanti..bunuh membunuh dah jadi macam perkara biasa..Rentetan daripada kes yang tak berperikemanusiaan ni..tajuk utama muka depan Harian Metro hari ni..2 orang warga emas dibunuh kejam kat Pahang..actually mangsa adalah bapa dan ibu saudara kepada pengetua kami..semalam sempat bersembang sekejap dengan beliau..then dia pun kalut2 nak balik untuk bertolak ke Pahang..salam takziah..Al-Fatihah..

Apa-apa pun..disamping berusaha untuk menjaga dan memastikan keselamatan ahli keluarga kita..sentiasalah kita berdoa semoga kita semua dijauhi daripada segala musibah..

Allahumma inni a'uudzu bika min munkaraatil akhlaaqi,
wal  'a'maali, wal 'ahwaa-i wal  wal 'adwaa-i

"Ya Allah! Aku memohon perlindungan dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik, dari segala nafsu yang tidak baik, dari  segala macam penyakit yang berbahaya."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...