~ShErA~
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi.
Salim masih lagi berdengkur.
Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: "Salim...Salim...bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat."
Salim: "Alah mak... Salim tidak mahu pergi ke sekolah!"
Ibu: "Apa? Tidak mahu pergi sekolah?!
Baik... Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah."
Salim: "Semua murid-murid tak suka Salim.
Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!"
Ibu: "Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!"
Salim: "Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim
dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah."
Ibu: "Eh...eh...bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik....
Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun.....
Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH....!!!"
Labels: edit post
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...