~ShErA~
Hari ni jom melawat laman aku yang dah jadi semak samun dengan anak2 pokok kemunting cina..tersangat banyak..membiak dengan biji benih dari pokok asal yang dah lama aku cabut.hujung minggu ni aku bercadang nak ubah anak2 pokok ni ke seberang jalan tepi padang..sekurang2nya..berseri la sikit tepi padang tu kan..bunganya memang cantik..berbunga sentiasa dan mudah dijaga.

Sekarang ni banyak betul spesis hybrid dijual dipasaran..biasanya diletak dalam pasu gantung...lawa...pelbagai warna. Aku rasa kemunting cina ni lebih tahan lama daripada petunia..

Spesis liar berbunga putih dan ungu dikatakan mempunyai nilai perubatan tinggi. Merawat penyakit kencing manis dan leukaemia.

Pokoknya membiak dengan 2 cara iaitu melalui biji benih dan keratan batang. memang sangat2 mudah hidup..Batangnya separuh berkayu dan boleh mencapai ketinggian 60cm.

Asalnya yang ni dari benih bunga berwarna ungu terang tapi bila dah banyak2 anak pokok yang tumbuh..macam-macam warna pulak bunganya.

Tahu tak..

sebenarnya pokok ni berasal dari Madagascar..tapi sekarang telah tumbuh meliar dan membiak dengan jayanya di semua kawasan tropika.
Salah satu spesis hybrid yang aku beli kat sebuah nursery..RM10 kalau tak salah..masih elok dalam pasu gantung..anak-anak pokok pun membiak dengan banyak..sapa2 yang berkenan..bleh la mai rumah aku..ambik sepokok percuma 5 pokok..hehe..
1 Response
  1. DakOcah Says:

    rumah awak kat mana...nak jugak...heheheh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...