~ShErA~
Jom hari ni kita belajar sedikit ilmu tentang pokok pegaga. Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica sejenis ulaman popular orang2 kita...banyak khasiatnya sebab kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi...menurut kajian kan..pegaga ni boleh dimakan selalu tetapi dalam kuantiti yang sedikit jer..sebabnya pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan kesan narkotik dan kumulatif yang meransang tumor untuk jangkamasa panjang..alamakkk..hishh seremmm la pulak.
Tapi jangan tak percaya..WHO telah mengiktiraf pegaga sebagai herba yang boleh menjana kecerdasan berfikir terutamanya di kalangan kanak-kanak..haaa..apa lagi..ibu2 bapa2..lepas ni jom pakat2 kita tanam pegaga noh..buat ulam & jus..kalau nak cerita khasiat pegaga ni memang tak cukup la e3 aku kali ni..sila jenguk sini >khasiat-pegaga

Ok..ni kisahnya pegaga aku..hehe..yang ni aku letak dalam bekas berisi air..buat hiasan meja makan..haha..kalau agak2 sesak tak dak ulam..boleh makan terus..uikksss..maunya kena lempang ngan aku..dah la ada beberapa kerat jer tu..lagi nak buat ulam..tapi yang uniknya..tengok la batangnya...menjulang tinggi...kalau ikut pemerhatian aku la..dah sekaki lebih tingginya tu..punca2nya menurut ilmu sains aku masa skolah2 dulu..pokok ni kekurangan cahaya matahari....ish..ish...cikgu2 sains...tolong bagi pilihan2 jawapan ya..
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...