~ShErA~
Teringat suatu ketika dulu..aku mula tertawan melihat rain lily ni kat KLCC yang ditanam rapat..berbunga pink dan putih..masa tu tahun 1999..ketika masih bergelar pelajar..hmm..la ni menjengah KL hanya jika ada tugasan rasmi..itu pun tak sempat nak keluar berpoya2..kekangan kerja yang menuntut masa yang sangat padat..sekarang ntah ada atau tidak si lily yang cantik menawan di luar menara berkembar itu...


Zepyranthes tergolong dalam bunga bawangan yang sangat mudah ditanam dan sangat rajin berbunga jika memenuhi 2 syarat utamanya iaitu cukup air dan cukup sinar matahari.
bunganya akan bertambah banyak ketika musim hujan..sebab tu la kot dipanggil rain lily.


Cara nak tanam rain lily ni pun senang jer..cuma perlu pisahkan anak umbinya dengan umbi induk..kemudian ditanam samaada dalam pasu atau terus atas tanah..kalau tanam berjajar di tepi pagar atau siar kaki...wahhh..mesti cantik kan..setakat ni aku cuma tanam dalam pasu kecil comel2..nanti kalau dah banyak anak umbinya..nak ubah tanam tepi tembok pagar..lepas ni nak pi cari warna putih pulak..hmm..putih bersih seperti bintang kejora yang menyembul diantara daunya yang hijau bersih..love it!
0 Responses
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...